Wacana pilihan

Monday, April 13, 2009

Masalah dan Halangan Dalam Perancangan Pengurusan Dakwah


Dalam menjalankan sesuatu kerja dakwah tidak dapat tidak kita akan terlibat dalam pengurusan. Sebagai contoh dalam melakukan sesuatu program ceramah perdana, ahli jawatan kuasa diwujudkan untuk mengurus, melaksana, mengawal dan melakukan penyelarasan. Namun dalam semua-semua urusan ini terdapat kelemahan dalamnya. Kadang-kala bukan hal ini menjadi masalah utama apabila melaksanakan sesuatu program tetapi yang menjadi masalah adalah perancang, sasaran dan persekitaran itu yang menimbulkan masalah.

Masalah utama kelemahan dalam perancangan adalah bermula daripada ketiadaan landasan yang jelas untuk melakukan sesuatu program. Sebagai contoh adalah melaksanakan sesuatu program motivasi tetapi tiada objektif terhadap apa yang hendak dicapai atau diperolehi selepas daripada melaksanakannnya. Sepatutnya usaha dan perancangan sewajarnya berdisiplin dan terancang berasaskan keperluan mengadakan aktiviti tersebut. Dalam melaksanakan perancangan tersebut segala sumber perlu digarab. Sumber tersebut ialah:

1. Pemikiran yang jelas di kalangan anggota
2. Matlamat yang terarah
3. Sumber manusia yang digembelengkan

Sekiranya matlamat telah ditentukan, adanya input dan output, sesuatu gerak kerja mestilah tersusun dan kemudiannya nilaian semula atau post-mortem mesti dilakukan selepas program agar nilaian tersebut boleh didokumentasikan. Ini bagi memastikan ianya dijadikan panduan dalam melaksanakan sesuatu projek atau program masa akan datang dan hal-hal yang tidak diigini tidak akan berulang kembali.

Unsur pelaksanaan datangnya dari perancangan yang rapi. Justeru, kelemahan pelaksanaan adalah faktor utama kegagalan. Diantara faktor kelemahan adalah dari segi komunikasi diantara perancang atau pengurus dengan pekerja bawahannya. Hal ini akan menyebabkan sesuatu kerja itu tidak berjalan dengan lancar dan teratur.

Pengawalan adalah amat penting dalam sesuatu organisasi. Pengawalan adalah pemantau atau menilai sesuatu perancangan. Kebisaannya dijadiakan sebagai satu tahap yang penting kerana ia akan menentukan sesuatu objektif dalam program tercapai. Disudut yang lain ialah sistem audit iaitu dengan bertujuan untuk mengawas jawatankuasa yang dibentuk atau perancangan atau pelaksanaan anggota.

Pengawalan dan penyelarasan haruslah bergandingan. Usaha mengatur dan menyusun kerja-kerja dengan berasaskan kepada disiplin kerja yang kukuh demi mencapai objektif yang dicitakan. Ketika penyelarasan dilakukan, pengawalan juga harus dilaksanakan.

Selain kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penyelarasan; kita harus ingat bahawa kadang-kala ianya bukan timbul dari kesemua faktor itu tadi tetapi kelemahan itu timbul dari perancang, sasaran dan juga kelemahan persekitaran itu sendiri... Fikir-fikirkanlah...