Wacana pilihan

Wednesday, February 9, 2011

ermmmm.... jangan tunggu lama laksanakan "mulut ke mulut"

Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas menyatakan bahawa di malaysia cara untuk lakukan revolusi tumbangkan BN hanya dengan orang melayu menyebarkan maklumat untuk menyedarkan orang lain tentang kezaliman UMNO kepada rakyat.

walaupun cara ini mundur, tetapi ia amat berkesan kerana ia memberi kepekaan kepada rakyat. Berikutan kenaikan harga barang, minyak, tol dan sebagainya menjadi bualan rakyat  yang juga sebagai pengguna harian.

Tindakan menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) tidak membawa sebarang makna. sejarah telah memperlihatkan sejak pemerintahan Tun Mahadir sehingga hari ini tidak mengubah nasib orang melayu. Ia hanya wayang untuk menutup pekung UMNO selama ini dan menonjolkan BN bahawa merekalah yang membela orang melayu. Namun ia tidaklah seberapa mana yang kita sangka.Hanya memcari publisiti mejelang pilihanraya tidak lama lagi.

Ayuh sama-sama kita jadikan diri sebagai orang yang bermaklumat dan memberi maklumat kepada orang lain agar rakyat tidak terus dibuat mimpi dengan massa BN yang menipu rakyat.

Dulu cagar emas sekarang cagar anak dara

harian metro hari ini di muka hadapan melaporkan seorang bapa yang durjana dan tidak bertanggugjawab yang juga terlibat dengan pinjaman wang along sanggup mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram.


Bapa gadis berkenaan yang berusia lingkungan 50-an telah gagal untuk melangsaikan hutangnya kira-kira RM 150,000 kepada sendiket sejak setahun lalu. lelaki ini berhutang gara-gara ketagih berjudi di kasino di singapura.Kesanya ia menghancurkan masa depan anaknya. untuk mengelak daripada ia dituntut hutang lelaki kepada ayah gadis ini menwarkan pekej pelancongan maksiat bersama anaknya.

Pada awal anak gadisnya membantah, namun setelah kehidupanya dilimpahi kemewahan dia sanggup bergelumang dengan maksiat dengan merelakan dirinya dipuaskan nafsu oleh beberapa along dan lelaki mata keranjang yang sama usia dengan bapanya.

Ini perlu dijadikan pengajaran oleh semua lapisan masyarakat supaya jagan terjebak dengan along yang membinasakan diri dan masyarakat.

Saya sudah lali dengan gosip dan kontroversi : Diana

Gadis kecil molek model iklan dan juga pelakun Diana Danielle Danny Beeson, 20, sudah lali dengan pelbagai gosip dan kontroversiyang menimpanya.

Diana kini memberitahu fokusnya adalah pada pelajaran dan karier seni yang diceburinya, sejak enam tahun lalu. Dia mahu bekerja lebih keras lagi tahun ini kerana aktiviti seninya perlahan tahun lalu kerana tumpuan pada pelajaran.

Diana rasa bersyukur kerana dimurahkan rezeki dalam bidang seni tahun ini. Menurutnya dia juga akan terus berlakon kerana masih banyak impian yang belum tercapai dalam karier seni. Antara impiannya berhasrat untuk berlakun dengan pengarah filem terkenal tanah air untuk memantapkan dirinya dalam lakonan
.
Sebagai orang seni dia akui ditimpa pelbagai kontroversi keatas dirinya
Namun dia tetap tabah berdepan dengan semua itu. Malah, pada usia muda, Diana tetap matang berdepan segala kontroversi yang datang dalam hidupnya.

"Saya sudah lali dengan semua gosip dan kontroversi itu. Kontroversi yang melanda sekarang tidak seteruk pada awal pembabitan saya dulu. Saya akui sedih dan kecewa kerana sering menjadi sasaran kontroversi yang sedikit sebanyak mencalar nama baik saya dan keluarga.

faktor sekeliling telah banyak membantunya  dalam membina kareir sebagai anak seni. Mama, ahli keluarga, kawan baik serta peminat banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya selama ini.