Wacana pilihan

Tuesday, April 7, 2009

Dakwah Melalui Kecantikan

Apakah yang dimaksudkan dengan attention? secara umumnya attetion beerti penumpuan fikiran dan mental kepada sesuatu maklumat. Ia juga ditakrifkan sebagai kemampuan responden kepada sesuatu ransangan pada sesuatu masa.

Banyak perkara yang membuatkan seseorang itu tertarik perhatian. Kalau dirujuk kepada al-Quran dan al-Hadis, ada beberapa tarikan -tarikan telah digunakan dalam dakwah. Antaranya ialah cantik, nyata dan jelas, mudah, berubah-ubah dan bergerak, berulang-ulang, pelik, tepat pada waktu, menjinakkan, keperluan, ada hubungan dengan seseorang, membuka ufuk pemikiran, mengemukakan alasan.

Cantik

Sebenarnya tiada garis jelas menjelaskan apa itu cantik. Ia ditentukan oleh pancaindera. islam menitikberatkan cantik, kerana cantik adalah sebahagian daripada Islam . Namun Islam melihat cantik dalam pengertian yang luas dari segi lahir dan batin, iaitu cantik hati dan melahirkan tingkah laku yang cantik dan cantikpemikiran dan kepercayaan yang melahirkan tindakan dan perwatakanyang betul dan sesuaiuntuk itu Allah menyuruh dalam firmannya yang bermaksud:


" Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid[534], makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[535]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."

[534] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.
[535] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang dibutuhkan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.

Maksud diatas jelas menunjukkan umat islam disuruh berhias dengan memakai pakaian yang indah apabila ke tempat sembahyang. persembahan yang cantik dalam rangka untuk menarikk perhatian sasaran kepada Islam mengandungi

1) kecantikan kandungan Islam
2) kecantikan cara penyampaian dengan menggunakan uslub yang sesuai
3) kecanggihan media yang menjadi saluran penyampaian Islam
4) kecantikan akidah Islam
5) kecantikan akhlak Islam
6) kecantikan pertuturan dan hukum Islam
7) kecantikan sejarah dan sirah Islam

Islam akan menjadi satu daya tarik yang kuat kepads sasaranjika ia disampaikan dalam keadaan-keadaan tersebut.

No comments:

Post a Comment