Tuesday, February 8, 2011
UMNO LANTIK DULU MOHD NOOR JADI MENTERI SEBELUM DEBAT: DPPNK
"Justeru, sekiranya Umno melihat hanya Mohd Nor Deris layak berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz, DPPNK mencadangkan agar Mohd Nor Deris dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan diberikan tugas menjaga hal ehwal agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Beliau amat berkelayakan menjawat jawatan tersebut memandangkan taraf ilmunya yang tinggi termasuklah mendakwa memiliki kasyaf untuk melihat tangan Nik Aziz menjadi tangan syaitan sewaktu kempen pilihanraya kecil Dun Galas baru-baru ini," tambahnya sebagai mempertahan kemahuan debat Tuan Guru Nik Aziz dengan individu yang mempunyai kedudukan dan tauliah.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Khir seperti yang tersiar di dalam akhbar yang meminta Nik Aziz agar tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.
Beliau juga mendakwa soal agama 'bukan kira setaraf, layak atau tidak”.
Membidas dakwaan Menteri di JPM itu, Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang turut mencabar agar Jamil Khir sudi menerima apa-apa tawaran debat dengan pepimpin PAS di peringkat cawangan dan kawasan jika dicabar.
”Jika benarlah Jamil Khir berpegang di atas prinsip ini, sudilah kirnya beliau menyatakan kesanggupan jika DPPNK menghantar mana-mana pimpinan Pemuda PAS cawangan atau kawasan untuk berdialog dengan beliau atas mana-mana isu agama khususnya yang melibatkan pertentangan di antara Umno dengan PAS," pintanya.
Kelmarin, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempersoalkan kedudukan dan kredibiliti Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau berhubung kenyataannya ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS adalah jahiliah.
sumber: harakahdaily.net
WAEL GHONIM TELAH DIBEBASKAN
Kerajaan mesir telah membebaskan eksekutif Google iaitu Weal Ghonim yang ditangkap minggu lalu berikutan demonstrasi menentang Presiden Hosni Mubarak. Ghonim yang merupakan warganegara Mesir ditahan pada 27 Januari di Dataran Tahrir, Kaherah ketika beliau bersama-sama dengan ribuan warga Mesir yang menuntut pengunduran Mubarak.
Minggu lalu, Google meminta bantuan untuk mencari Ghonim, yang berada di Mesir dalam sebuah persidangan ketika protes bermula.
Dalam status di Twitter, Ghonim meminta semua orang mendoakan Mesir dan menyuarakan ketakutan bilamana kerajaan Mesir merancang ‘perang’ terhadap rakyatnya.
"Kami semua bersedia mati," tulis kenyataan di statusnya.
Wall Street Journal mengatakan Ghoneim memainkan peranan penting aktivisme dalam talian pada bulan-bulan menjelang protes bersejarah yang mendesak pengunduran Mubarak.
Amnesty Antarabangsa pula mengingatkan bahawa Ghonim akan mendapat seksa di penjara Mesir, setelah keluarganya melaporkan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan penangkapan Ghonim ataupun mengetahui keadaannya selama beberapa hari.