Wacana pilihan

Friday, February 11, 2011

Umno Mesir sudah tumbang, UMNO di malaysia?

Melakar sejarah dunia apabila rejim Mubarak meletak jawatan dan kini tentera telah mengambil alih kuasa. Pengunduran ini bukan sahaja mengembirakan seluruh rakyat mesir bahkan mengembirakan selurh umat Islam di dunia yang mahukan keamanan dan keadilan pemerintahan Islam yang sebenar.

Seluruh umat Islam mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir tetap dengan pendirian mehukan revolusi ke atas negara mereka yang selama ini ditindas oleh pemerintah sendiri.Kemelaratan hidup yang serba kekurangan dan tekanan hidup yang hebat mendesak rakyat dan tentera negara ini

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara. Selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

menjadi harapan peyokong Pakatan Rakyat ingin melihat UMNO juga tumbang pada pilihan raya akan datang...namun persoalan bila UMNO tumbang di Malaysia..jawapan ada di tangan anda,anda,anda.