Wacana pilihan

Sunday, January 31, 2010

benarkah minoriti mahasiswa sahaja bantah e-undi?




Keratan akhbar diatas adalah kenyataan saudara Saifuddin Abdullah kepada pemberita selepas merasmikan sudut pidato di dataran Kompleks Perdana Siswa (KPS) Universiti Malaya.Ketika itu mahasiswa sibuk dengan berkempen untuk pilihanraya kampus untuk pemilihan MPP baru turut juga hadir dalam perasmiannya tersebut.

Kenyataan itu boleh saya katakan adalah tidak berasas. Apakah benar segelintir mahasiswa sahaja yang tidak menyokong e-undi? Persoalan yang perlu ditanya lagi, kenapa segelintir sahaja yang tidak menyokong? dan apakah yang menyokong benar-benar menyokong sistem ini?

Bagi saya, kita amat berbangga dengan kemajuan kini yang semakin hari semakin pesat dan ia dapat memudahkan sesuatu kerja. kerja menjadi cepat, menjimatkan masa, tenaga dan sebagainya. Namun sistem ini telah terbukti kelemahannya di negara-negara yang telah cuba melaksanakannya seperti California, Amerika, Virgina, India dan Brazil.


Menurut Ted Selker profesor MIT, chochair dari Caltech-MIT Teknologi Projek Voting berkata sistem ini tidak baik berbanding sistem berasaskan kertas.


Kejadian kes


1.November 2003 yang pemilihan di Fairfax County, Virginia. Ketika pengundian ditutup pukul 7 am, banyak dari kawasan sekitar 223 county cuba menghantar hasilnya ke pusat pilihan raya sekaligus. Sebuah masalah perisian tertunda beberapa keputusan selama 21 jam.

2.U.S, masalah enjin voting yang dicipta berita utama antarabangsa. Wang diberikan kerajaan untuk memperbaiki masalah nasional. Malangnya, mesin-mesin pengundian elektronik - meskipun disajikan sebagai penyelesaian - sebahagian besar telah membuat masalah lebih buruk.

3. Bantuan persekutuan Amerika Vote Act of 2002 yang disediakan hampir $ 4 bilion. Sistem ini menelan banyak belanja wang rakyat.

Sistem yang dilaksanakan ini banyak keraguan dan kesangsian tehadap sistem dan pengendali sistem ini. Mana mungkin kita mahu gunakan sistem yang diragui.

Pada dasarnya, sistem pengundian mempunyai empat ciri yang diperlukan:

1.Akurasi. Objektif dari setiap sistem pengundian untuk menetapkan tujuan masing-masing individu pengundi.

2.Anonimitas. Rahasia undian sangat penting untuk demokrasi, dan sistem pengundian harus direkabentuk untuk memudahkan pengundi tanpa nama.

3.Skalabilitas. Sistem pengundian harus mampu menangani pemilihan sangat besar.

4.Kelajuan. Sistem pengundian harus menghasilkan keputusan yang cepat.

Berdasarkan maklumat yang sedikit diatas apakah semua mahasiswa benar-benar tahu sistem ini berfungsi? Sebenarnya mahasiswa tidak didedahkan dengan maklumat ini dan saya yakin mahasiswa semuanya tidak cakna dengan keadaan ini. Universiti tidak bersifat adil dan bias dalam memberikan maklumat kepada mahasiswa ditambah lagi mahasiswa seperti disibukkan dengan perkara-perkara lain seperti sukan dan aktiviti lain tapi tidak mendedahkan mahasiswa dengan maklumat apa yang mereka perlu tahu dan lebih teruk menganggap mahasiswa tidak perlu tahu hal ini tapi perlu ikut sahaja. Mungkin beranggapan sekiranya banyak maklumat diberi kepada mahasiswa ia dihalang, dicantas atau sebagainya. Mahasiswa bukan Pak angguk atau pak turut atau balaci orang lain yang hanya perlu ikut cakap orang lain sahaja.

Sistem ini terbukti kelemahannya apabila digunakan di UM 28 feb baru-baru ini dengan gangguan pada sistem e-undi ini. Banyak persoalan timbul penggunaan sistem ini yang tak dapat nak dijawab penyelesaiannya oleh pihak pengurusan. Mana mungkin sistem yang diguna tak dapat diketahui penggunaan dan cara penyelesaiannya. Bagi Mahasiswa pemilihan ini bukanlah seperti memilih ketua darjah atau pengawas sekolah,tapi pemilihan ini adalah pemilihan pemimpin masa depan negara.

Mahasiswa mahu tanya kepada KPT. Kenapa sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem ini tiada perbincangan dengan mahasiswa dilakukan terlebih dahulu? tapi tiba-tiba sahaja diumumkan untuk menggunakan sistem ini??. Sebagimana sebelum ini mengajar mahasiswa profesional dalam pengurusan, berbincang terlibih dahulu dan sebaginya tapi kini terjadi sebaliknya kepada pentadbiran universiti dan pihak KPT sendiri. Cakap tak serupa bikin. Perbuatan ini sama seperti kuku besi yang hanya mahu mahasiswa mengikut telunjuk dan bersifat zalim dalam pelaksanaan. Tapi inilah "univerisiti" yang saya kenal. Sekiranya di universiti berlaku sebegini rupa, bayangkan yang di luar sana pemimpin kita sekarang adakah juga profesional?
Pada saya memang benar mahasiswa tidak ramai yang membantah penggunaan sistem ini, tapi sekiranya mereka tau apa yang mereka gunakan,nescaya berbondong-bondong mahasiswa menyatakan ketidaksetujuan mereka dalam penggunaan sistem ini.