
Baru baru ini terlihat perniagaan online berlandaskan syariah yang d pertama di Malaysia. perniaggaan ini adalah berniaga tanpa kedai dan hanya jualan menerusi laman web sahaja. Produk bagi jualan secara online ini adalah jualan buku-buku ilmiah, majalah novel dan sebagainya. Ia bertepatan dengan masa kini dengan memudahkan orang ramai membeli buku-buku yang diinginkan dengan begitu mudah sekali tanpa memerlukan seseorang menghabiskan masa dan tenaga untuk keluar mencari buku yang diinginkan. dengan hanya klik. kemudian ia akan hantar buku tersebut terus ke rumah anda
Stormreaders Network Sdn Bhd telah mengadakan kajian yang mendalam selama lebih satu tahun. Antaranya seperti mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan ahli muamalat, syariah semasa, undang-undang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan rangkaian. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain daripada memastikan ia bertetapan dengan prinsip muamalat Islam.
Stormreaders Network Sdn Bhd telah menjadikan ilmu sebagai produk yang akan difokuskan di dalam perniagaan ini kerana kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam sekarang adalah berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan dan kekangan ekonomi. Ia dipersembahkan dalam pelbagai format melibatkan buku, cenderahati, CD, VCD serta kaset yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal negara sepeti Dato’ Fadilah Kamsah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, Ustaz Haji Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.
Malah lebih dari itu, pelan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari, ia juga bertujuan melahirkan golongan elit Muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga akan lebih dirasai.
Diharapkan pelan perniagaan ini bukan sahaja dapat melahirkan usahawan yang berdikari, malahan ia juga dapat melahirkan golongan elit Muslim yang tinggi taraf ekonominya serta dapat merasai nikmat kebahagiaan dan keharmoniaan keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah.