Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) Muhammad Nazim hayazi melahirkan rasa kecewa terhadap media berita harian hari ini bertarih 28/03/09 yang mengambarkan berpakain ketat itu satu perkara yang dibolehkan.
Menurut akhbar berita harian, Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt.
Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan.
Hal ini dilaporkan oleh media seoleh-oleh menghalalkan apa yang diharamkan dalam islam iaitu hukum menutup aurat bagi seseorang perempuan wajib. Dalam kenyataan itu juga saya melihat akhbar berita harian seperti menyalahkan seorang guru sukan sekolah melakukan kesalahan kerana menyuruh anak muridnya berpakaian t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut.
Saya melihat ia satu tindakan yang tepat sebagai seorang guru menyuruh berpakaian sebegitu kerana beliau adalah seorang pendidik malahan guru dan pelajar tersebut tersebut melayu dan berugama Islam.tindakan itu juga adalah untuk menjaga maruah dan agama Islam sendiri. Dalam sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud :
“wahai nabi! Perintahkan isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta kaum wanita yang beriman supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup tubuhnya (semasa mereka keluar) cara begini lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagi wanita-wanita yang baik-baik). Dengan itu mereka tidak diganggu”
Surah al-Ahzab : 59.
Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa bahawa suruhan menutup aurat perlu dan ianya adalah suruhan wajib dalam menutup aurat. Seharusnya media bertindak matang dalam menyiarkan artikel dalam hal-hal agama ini. Selidikilah terlebih dahulu apakah ia baik kepada pembaca umum mahupun tidak.
Saranan saya, sebagai umat Islam berkatalah benar walaupun ianya pahit kerana setiap umat islam wajib menyeru kepada kebaian dan mencegah kemungkaran. Sekiranya mampu mengubah sasuatu itu dengan tangan maka ubahlah. Sekiranya tidak mampu maka ubahlah ia dengan mulut atau dengan kata-kata dan sekiranya ia tidak mampu juga maka ubahlah ia dengan hati.
Kelas ini memberi peluang kepada mahasiswa Islam yang meminati bidang dakwah untuk mempelajari pelbagai kaedah berdakwah kepada Non-Muslim secara teori dan praktikal. Dengan mengikuti kelas ini, mahasiswa Islam juga berpeluang mempelajari tentang agama-agama lain untuk memudahkan kegiatan dakwah yang ingin dilaksanakan. Sijil disediakan.
2.Ziarah Dakwah Islah (ZDI)
Memberi peluang kepda mahasiswa Islam untuk mempraktikkan kemahiran anda dalam berdakwah. ZDI membawa mahasiswa mengunjungi Pusat Perubatan Uni. Malaya, rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan rumah-rumah kebajikan yang lain. “Dekati masyarakat, sebarkan dakwah”.
3.Riadhah Teladan Ceria (RTC)
Ceria-ceriakan hari anda dengan riadhah dihujung minggu. Aktiviti menarik menanti anda.
4.Ronda Islah Dakwah.(RID)
Bersiar-siar mengambil angin sekitar Uni Malaya sambil menyebarkan Dakwah.
5.Bengkel Dakwah.
Meningkatkan kemahiran dakwah dalam diri mahasiswa. Menjadikan anda insan yang serba boleh. Berpeluang mempelajari pelbagai skill dakwah ,psikologi dalam berdakwah ,imej diri dan lain-lain.
6.Ekspedisi Dakwah
Sampaikan dakwah dengan gaya baru. Dakwah berbentuk explorace. Membawa mahasiswa berdakwah di sekitar KLCC dan Taman Jaya.
P/S : Untuk borang pendaftaran menjadi ahli TEM hubungi Zul Amirul Izwan 013-31996286