Wacana pilihan

Sunday, January 31, 2010

benarkah minoriti mahasiswa sahaja bantah e-undi?




Keratan akhbar diatas adalah kenyataan saudara Saifuddin Abdullah kepada pemberita selepas merasmikan sudut pidato di dataran Kompleks Perdana Siswa (KPS) Universiti Malaya.Ketika itu mahasiswa sibuk dengan berkempen untuk pilihanraya kampus untuk pemilihan MPP baru turut juga hadir dalam perasmiannya tersebut.

Kenyataan itu boleh saya katakan adalah tidak berasas. Apakah benar segelintir mahasiswa sahaja yang tidak menyokong e-undi? Persoalan yang perlu ditanya lagi, kenapa segelintir sahaja yang tidak menyokong? dan apakah yang menyokong benar-benar menyokong sistem ini?

Bagi saya, kita amat berbangga dengan kemajuan kini yang semakin hari semakin pesat dan ia dapat memudahkan sesuatu kerja. kerja menjadi cepat, menjimatkan masa, tenaga dan sebagainya. Namun sistem ini telah terbukti kelemahannya di negara-negara yang telah cuba melaksanakannya seperti California, Amerika, Virgina, India dan Brazil.


Menurut Ted Selker profesor MIT, chochair dari Caltech-MIT Teknologi Projek Voting berkata sistem ini tidak baik berbanding sistem berasaskan kertas.


Kejadian kes


1.November 2003 yang pemilihan di Fairfax County, Virginia. Ketika pengundian ditutup pukul 7 am, banyak dari kawasan sekitar 223 county cuba menghantar hasilnya ke pusat pilihan raya sekaligus. Sebuah masalah perisian tertunda beberapa keputusan selama 21 jam.

2.U.S, masalah enjin voting yang dicipta berita utama antarabangsa. Wang diberikan kerajaan untuk memperbaiki masalah nasional. Malangnya, mesin-mesin pengundian elektronik - meskipun disajikan sebagai penyelesaian - sebahagian besar telah membuat masalah lebih buruk.

3. Bantuan persekutuan Amerika Vote Act of 2002 yang disediakan hampir $ 4 bilion. Sistem ini menelan banyak belanja wang rakyat.

Sistem yang dilaksanakan ini banyak keraguan dan kesangsian tehadap sistem dan pengendali sistem ini. Mana mungkin kita mahu gunakan sistem yang diragui.

Pada dasarnya, sistem pengundian mempunyai empat ciri yang diperlukan:

1.Akurasi. Objektif dari setiap sistem pengundian untuk menetapkan tujuan masing-masing individu pengundi.

2.Anonimitas. Rahasia undian sangat penting untuk demokrasi, dan sistem pengundian harus direkabentuk untuk memudahkan pengundi tanpa nama.

3.Skalabilitas. Sistem pengundian harus mampu menangani pemilihan sangat besar.

4.Kelajuan. Sistem pengundian harus menghasilkan keputusan yang cepat.

Berdasarkan maklumat yang sedikit diatas apakah semua mahasiswa benar-benar tahu sistem ini berfungsi? Sebenarnya mahasiswa tidak didedahkan dengan maklumat ini dan saya yakin mahasiswa semuanya tidak cakna dengan keadaan ini. Universiti tidak bersifat adil dan bias dalam memberikan maklumat kepada mahasiswa ditambah lagi mahasiswa seperti disibukkan dengan perkara-perkara lain seperti sukan dan aktiviti lain tapi tidak mendedahkan mahasiswa dengan maklumat apa yang mereka perlu tahu dan lebih teruk menganggap mahasiswa tidak perlu tahu hal ini tapi perlu ikut sahaja. Mungkin beranggapan sekiranya banyak maklumat diberi kepada mahasiswa ia dihalang, dicantas atau sebagainya. Mahasiswa bukan Pak angguk atau pak turut atau balaci orang lain yang hanya perlu ikut cakap orang lain sahaja.

Sistem ini terbukti kelemahannya apabila digunakan di UM 28 feb baru-baru ini dengan gangguan pada sistem e-undi ini. Banyak persoalan timbul penggunaan sistem ini yang tak dapat nak dijawab penyelesaiannya oleh pihak pengurusan. Mana mungkin sistem yang diguna tak dapat diketahui penggunaan dan cara penyelesaiannya. Bagi Mahasiswa pemilihan ini bukanlah seperti memilih ketua darjah atau pengawas sekolah,tapi pemilihan ini adalah pemilihan pemimpin masa depan negara.

Mahasiswa mahu tanya kepada KPT. Kenapa sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem ini tiada perbincangan dengan mahasiswa dilakukan terlebih dahulu? tapi tiba-tiba sahaja diumumkan untuk menggunakan sistem ini??. Sebagimana sebelum ini mengajar mahasiswa profesional dalam pengurusan, berbincang terlibih dahulu dan sebaginya tapi kini terjadi sebaliknya kepada pentadbiran universiti dan pihak KPT sendiri. Cakap tak serupa bikin. Perbuatan ini sama seperti kuku besi yang hanya mahu mahasiswa mengikut telunjuk dan bersifat zalim dalam pelaksanaan. Tapi inilah "univerisiti" yang saya kenal. Sekiranya di universiti berlaku sebegini rupa, bayangkan yang di luar sana pemimpin kita sekarang adakah juga profesional?
Pada saya memang benar mahasiswa tidak ramai yang membantah penggunaan sistem ini, tapi sekiranya mereka tau apa yang mereka gunakan,nescaya berbondong-bondong mahasiswa menyatakan ketidaksetujuan mereka dalam penggunaan sistem ini.


Saturday, January 30, 2010

Khaled Nordin Menteri Yang Paling Tak Matang Di Malaysia

Hari ini saya terbaca akhbar harian Metro mengeluarkan kenyataan bahawa Pro-mahasiswa mengadakan demontrasi di hadapan pejabat Naib Canselor disifatkan tidak matang

Katanya dalam akhbar lagi bahawa Pro-M perlu menerima kekalahan dan perlu menghormati pilihan mejoriti kerana PRK adalah suatu proses demokrasi “kalau tak berani, buat apa bertanding”.

Aku pelik sangat kenapa Orang yang bernama Khaled ini boleh menjadi menteri. Mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan dahulu apa yang sebenarnya berlaku dalam universiti. Hanya pandai bercakap dan pandai menghukum. Inikah sifat seorang pemimpin?

Sedap-sedap saja mengatakan mahasiswa tidak matang, jika dilihat kebiasaan orang orang yang mengatakan orang lain tidak matang, hakikatnya orang yang berkata itu yang berbakul-bakul tidak matang. Apa tidaknya khaled ini mengeluarkan kenyataan tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai dan alami. Cakap itu buat ini tanpa mengetahui keadaan mahasiswa yang sebenar. Jika difikirkan kenapa mahasiswa bertindak sedemikian.

Sekiranya baik apa yang dilaksanakan, untuk apa mahasiswa berdemontrasi. Perlu diingat mahasiswa bukan budak sekolah, mahasiswa bukan lembu yang dicucuk hidung yang senang-senang untuk diheret kemana sahaja. Mahasiswa mempunyai otak bukan seperti khaled ini yang tak berotak. Membuat sesuatu tanpa memikirkan keadaan orang lain inilah padahnya.

Khaled perlu ingat sekali mahasiswa melangkah, mahasiswa akan terus melangkah. perjuangan mahasiswa mahu menegakkan keadilan dan menghalang kezaliman terhadap apa sahaja yang berlaku. Mahasiswa berpegang kepada prinsip keadilan. Mengajak, menegakan yang makruf dan membenamkan kemungkaran. Mahasiswa berani berkata benar.

Satu perkara lagi wahai Khaled Nordin, kami Mahasiswa tidak

hirau menang atau kalah. Kerana itu kebiasan yang menjadi adat. Bagi mahasiswa dan semua orang menang dan kalah adalah satu adat. Perlu ingat biar menang dan kalah pun biarlah beradap dan jangan biadap terhadap mahasiswa dengan sistem yang zalim dan menindas mahasiswa.

Jika khaled berterusan begini mahasiswa akan tuntut dan desak Menteri ini letak jawatan...


Friday, January 29, 2010

Dalam Sejarah: UM Tangguh Keputusan Pilihan raya


29 feb2010 dalam sejarah Universiti Malaya kali ini yang terpaksa menangguhkan keputusan pilihanraya gara-gara sistem yang digunapakai iaitu sistem e-voting semasa pemilihan MPP kali ini. Yag menariknya kali ini pemilihan hali ini menampilkan seorang calon daripada pelajar luar negara negara Nigeria iaitu Henry Ojukwu wakil calon umum pelajar Fakulti Sains Teknologi Maklmat.

Kepetusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh Naib Canlesor, Ghauth Jasmon kerusi umum 8 kerusi dimenangi oleh kumpulan Pro-M dan 1 kerusi daripada Aspirasi. Jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan adalah 41 buah kerusi termasuk dengan wakil fakulti.

Keputusan ini kemudiannya dibantah dan yang paling karut adalah apabila keputusan ini akan dimaklumkan pada kesokan hari pada pukul 9. Hal ini menaikkan kemarahan para mahasiswa kerana kata mereka kepetusan pilihanraya perlu diselesikan pada malam itu juga. Amat mengecewakan apabila Naic Canselor dan juga TNC “lepas tangan” pulang ke rumah dengan senyap dan mengikut pintu belakang tanpa menyelesaikan terlebih dahulu mengumumkan keputusan pilihanraya kali ini.

Memetik kata-kata daripada facebook promahasiswaum bertanyakan soalan kepada NC untuk bagi keterangan bahawa “prof,boleh bagi jawapan tentang tindakan prof semalam (28 Januari) yang hilang begitu sahaja walaupun semasa waktu bantahan padahal keputusan rasmi belum diumumkan. Dimana TNC Azarae? Dimana Prof bagi mengumumkan keputusan rasmi. Kenapa "lari" tanpa mendengar bantahan kepada sistem yang prof yakini ini? Sila jawab soalan mahasiwa. Namum perjumpaan semalam tidak dapat ditunaikan setelah beliau hanya mahu 10 orang sahaja untuk berbincang dengan beliau tanpa secara secara terbuka.

Sistem e-voting

Pada sebelum ini dilaporkan bahawa banyak perbincangan pihak bantah bersama NC UM mengenai e –Voting ini. Dimaklumkan bahawa NC UM bersetuju melantik pemantau bebas untuk memantau sistem perjalanan e-voting, namun akhirnya kepetusan ini ditarik balik oleh NC oleh kerana demontrasi pada 23 januari lepas.

Ada hasil perbincangan juga NC juga menyatakan bahawa bahawa “sekiranya berlaku masalah dalam sistem ini, kita akan tukar dan buat undi secara manual”. Nah bukti dah nyata terang lagi bersuluh di kolej ke-8,juga berlaku kolej kediaman ke 8 krn monitor komputer e-undi boleh dilihat dgn jelas dari luar bilik pengundian, Kolej 8 – skali lagi pengundi boleh mendapatkan no.pin sendiri tanpa bantuan pegawai bertugas. Berkemungkinan undi utk orang lain boleh dilakukan. Bukan itu sahaja, Seorang pelajar Fakulti Sains didapati tiada senarai nama semasa ingin mengundi di Kolej Kediaman Kinabalu (8th) dan ia terpaksa memasuki namanya di seksyen kemasukan bagi memasukkan namanya.

Fakulti sains juga mengalami masalah dengan 2 komputer 'jammed' dan para pengundi terpaksa tunggu sebentar sebelum membolehkan mereka mengundi

.

Lagi masalah berlaku yang dimaklumkan dari Klang (pelajar Medic) menyatakan terdapat 2 bas yang akan bertolak ke UM pada pukul 1.00 tengahari untuk membawa pengundi dari sana namun tidak ramai yang turun mengundi kerana faktor jauh dan masalah masa kerana kelas praktikal yang banyak. Kebiasaan sistem pengundian manual hanya diadakan di Klang. Sistem E-Voting tidak diadakan di Klang. Bukan itu sahaja berlaku masalah di kolej kediaman ke-12 mengalami masalah sever down selama 1 jam di sana. Masaalh ini juga berlaku di fakulti ekonomi.

“Sekarang bukti-bukti dah ada. Jadi ape lagi yang mahu ditunggu. Mansuhkan saja e-voting dan janji NC kita tuntut” kata seorang penyokong.

Sistem yang tidak mencapai ketidakpuasan hati ini juga tetap dilaksanakan pada pilihanraya UM kali ini. Sistem ini ada juga dilaksanaka sebelum ini pada beberapa universiti lain seperti UPM, UIA, dan UPSI.


Lagi masalah berlaku yang dimaklumkan dari Klang (pelajar Medic) menyatakan terdapat 2 bas yang akan bertolak ke UM pada pukul 1.00 tengahari untuk membawa pengundi dari sana namun tidak ramai yang turun mengundi kerana faktor jauh dan masalah masa kerana kelas praktikal yang banyak. Kebiasaan sistem pengundian manual hanya diadakan di Klang. Sistem E-Voting tidak diadakan di Klang. Bukan itu sahaja berlaku masalah di kolej kediaman ke-12 mengalami masalah sever down selama 1 jam di sana. Masaalh ini juga berlaku di fakulti ekonomi.

“Sekarang bukti-bukti dah ada. Jadi ape lagi yang mahu ditunggu. Mansuhkan saja e-voting dan janji NC kita tuntut” kata seorang penyokong.

Sistem yang tidak mencapai ketidakpuasan hati ini juga tetap dilaksanakan pada pilihanraya UM kali ini. Sistem ini ada juga dilaksanaka sebelum ini pada beberapa universiti lain seperti UPM, UIA, dan UPSI.

Perbincangan

Semalam mahasiswa yang tidak berpuashati denga sistem ini bertindak dengan mendesak mahu berjumpa dengan NC untuk mendapakan penjelasan dan tuntutan daripada NC. Bermula pada jam 9 pagi mahasiswa menunggu hingga waktu yang dijanjikan untuk bertemu NC pada jam 11.00 pagi namun kecewa tiada kelibat NC yang datang. Hal ini membangkitkan kemarahan dan bertindak dengan naik ke atas bangunan pejabat Canseleri. Hingga jam 11 lebih barulah kumpulan penyokong dapat berjumpa NC. Namun permintaan dialong secara terbuka ditolak oleh NC dan mahukan 10 orang wakil untuk berjumpa dengannya.

Akhirnya kumpulan penyokong Pro-m akur dan menghantar wakil Pro-M berbincang. Selama 4 jam berbincang mencapai kata sepakat bahawa keputusan pilihanraya UM ditangguhkan sehingga selesai siasatan terhadap bantahan dan pilihanraya yang aka diadakan pada masa akan datang tidak lagi diadakan di kolej kediaman sebaliknya diadakan di fakulti-fakulti. Dan NC berjanji selepas siasatan kemungkinan diadakan pilihanraya semua secara manual.

Selepas perbincangan itu selesai mahasiswa bantah ini membuat perarakan mengelilingi UM untuk memaklumkan kepada seluruh mahasiswa berkaitan hal ini.

Sunday, January 24, 2010

BEKAS PENGERUSI GERAK SERTAI PKR

Setelah sekian lama menjadi bualan maysyarakat yang melihat perkembangan Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia),Mohd Nazree Yunus hari ini secara rasmi menyertai PKR.

Kemasukan beliau diumumkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Merchant Square Tropicana, kira-kira jam 2.20 petang ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan beberapa exco AMK.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Mohd Nazree berkata beliau memilih PKR kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.

Menurutnya, kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.

Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR itu bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.

"Ini adalah fasa baru dalam perjuangan saya. Bukan bermakna NGO itu gagal, tetapi saya menekankan dari sudut pendekatan melalui politik dengan membantu pimpinan yang sedia ada," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nazree berkata beliau bertemu dengan Anwar Rabu lalu dan ketua pembangkang itu menyatakan keterbukaannya untuk menerima kemasukan beliau.

Semalam dilaporkan Mohd Nazree meletakkan
jawatan sebagai pengerusinya GERAK berkuatkuasa serta merta untuk menyertai bidang politik.

Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dibuat bersama ahli majlis tertinggi GERAK Malaysia dan merupakan keputusan Mohd Nazree sendiri.

Mohd Nazree sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung agihan lembu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak sewaktu Hari Raya Korban.

Ditanya sama ada kemasukannya untuk membantu menguatkan lagi AMK ekoran pertuduhan liwat tehadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Nazree berkata: "Soal peranan saya dalam parti, terserahlah kepada pucuk pimpinan parti. Saya bersedia untuk membantu dari aspek-aspek yang diperlukan."

Ditanya sama ada beliau ditawarkan jawatan tertentu dalam sayap parti itu, Mohd Nazree berkata, beliau tidak ditawarkan apa-apa jawatan dan menyerahkannya perkara kepada pucuk pimpinan parti.

SUMBER : MALAYSIAKINI.COM

Saturday, January 23, 2010

ANDA HARUS TAU INI

Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:

1. kebebasan daripada ketakutan

2. kebebasan daripada kemahuan

3. kebebasan bersuara

4. kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Hak yang termaktub dalam UDHR

Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

§ Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;

§ Perkara 9 - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.

§ Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak;

§ Perkara 20 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan

§ Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.

Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

§ Perkara 16 - Hak untuk kehidupan bekeluarga;

§ Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;

§ Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;

§ Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan

§ Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.

Wednesday, January 20, 2010

NASIB HAITI DENGAN GEMPA BUMI





BEGINILAH keperitan dan kesengsaraan ditanggung mangsa gempa bumi di Haiti. Selepas seminggu berlalu, penduduk terpaksa mencari makanan di celah runtuhan bangunan di Port-au-Prince bagi mengisi perut selepas ibu negara itu musnah akibat gempa kuat 7.0 magnitud.






Friday, January 1, 2010

Penjelasan Isu nama Allah dalam Bible oleh Faisal Tehrani

Adakah Allah dalam Bible?

Jawapannya tiada. TIADA.

Yang ada ialah kalimah Eli. Apa itu Eli?

Dalam Matthew 27:

"From the sixth hour until the ninth hour darkness came over all the land. About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"

"Eli, Eli, lama sabachthani?" dalam Bible King James -- "My God, my God, why have you forsaken me?" ( Matthew 27:45-46, NIV)

Eli, Eli, lama sabachthani adalah ungkapan dalam bahasa 'Aramaic'.

Dalam Old Testament, 'Eli, Eli lama sabachthani' dicatit sebagai:

"My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" ( Psalms 22:1-2, NIV)

Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai 'Bapa':

"And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]. " ( Matthew 26:39)

" For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." ( 2Corinthians 5:21)

Dalam Luke 23:46 tercatit:

"
And when Jesus had cried out with a loud voice, He said , 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."

Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai:

"
Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir."

Terdapat dakwaan bahawa masyarakat Kristian di negara Arab, dan Indonesia menggunakan kalimah Allah dalam, Bible mereka. Sekarang, biar saya jelaskan dengan cara paling mudah mengapa ini berlaku (
tetapi tetap dalam ingatan saudara bahawa dalam Bible asal tiada kalimah Allah seperti yang telah saya buktikan di atas.)

Dalam novel saya 'Tuhan Manusia', yang memang dibenci dan tidak disukai oleh kumpulan liberalis saya menuliskan bahawa ketua Theosofische Vereeniging Hindia Belanda, D Van Hinloopen Labberton, pada majalah Teosofi bulan Desember 1912 menyatakan:

‘Kemajuan manusia itu dengan atau tidak dengan agama? Saya kira bila beragama tanpa alasan, dan bila beragama tidak dengan pengetahuan agama yang sejati, mustahil bisa maju batinnya. Tidak usah peduli agama apa yang dianutnya. Sebab yang disebut agama itu sifatnya: Cinta pada sesama, ringan memberi pertolongan, dan sopan budinya. Jadi yang disebut agama yang sejati itu bukannya perkara lahir, tetapi perkara dalam hati, batin. Sepintas, ajaran-ajaran itu tampak indah. Padahal, ajaran-ajaran itu sebenarnya racun halus yang secara perlahan merosakkan keimanan seorang Muslim. Seorang Muslim yang menganut paham semacam itu, akan tidak terlalu peduli dengan konsep-konsep teologi agamanya sendiri, demi tujuan 'persaudaraan' kemanusiaan.’

Tuan-tuan, Kristian ada dua mazhab. Iaitu mazhab Katolik dan Protestan. Katolik mempunyai banyak persamaan dengan mazhab syiah dalam Islam. Mazhab Protestan, banyak persamaan dengan mazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Evangelis cabang kecil dari Protestanisme, mempunyai satu ciri iaitu memperibumikan misi agama Kristian di negara eksotik. Contohnya, di Afrika, unsur-unsur peribumi diraikan.
Maka potret Jesus boleh sahaja berkulit hitam. Pada tahun 1938, konferensi Kristian di Madras, India memutuskan Kristian harus menjalankan 'indigenisasi' (mentempatankan Kristian) di mana bentuk pemikiran, modus operandi, tabiat harus akrab dengan lingkungan tetapi dalam masa yang sama kepatuhan kepada gereja harus berakar kukuh.

Di Korea, maka Bible akan diberikan citarasa Korea. Di Lubnan, maka citarasa keAraban akan turut dititikberatkan. Di Sandakan, maka ciri-ciri tempatan akan disuntik.

Pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan indigenisasi ini, Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan indigenisasi itu ialah, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.'

Faham atau tidak takrif indigenisasi di atas?

Maka tidak hairanlah di Indonesia atau di Sudan, Bible memasukkan kalimah Allah untuk memperibumisasikan Kristian. Untuk menawarkan citarasa 'tempatan'. Kerana secara dominannya di Indonesia dan Sudan, Allah dirujuk sebagai Tuhan.

Dalam masa yang sama, Islam yang ditawarkan wahabi mencegah peribumisasi pada Islam dengan alasan bid'ah, tahyul dan sebagainya. Maka maulud nabi dilarang, membaca yassin pada malam Jumaat ditegah, tawasul dan tabaruk dikatakan syirik dan sanjungan untuk wali Allah dipandang cabul sehingga tarekat pun dipandang sesat. Perlahan-lahan Islam menjadi agama keras, tidak menarik, dan tidak serasi dengan unsur tempatan. Islam dilihat sebagai agama orang Arab. Ruang untuk berkembang tertutup. Perlahan-lahan Islam yang ada menjadi Islam yang sangat legalitas sifatnya. Islam atau tidak orang dinilai dari janggut panjang atau tidak, dari cara mengangkat takbir dan macam-macam lagi. Maka di Indonesia, atau di beberapa tempat lain, Kristian terlihat lebih istimewa berbanding Islam.

Sedangkan tuan-tuan, strategi indigenisasi ini mula-mula sekali dipelopori oleh Islam menerusi ayat al-Quran: 'Tidaklah Kami utus seorang rasul kecuali dengan bahasa kaumnya, supaya ia menjelaskan kepada mereka.' (14:4)

'Bahasa' dalam ayat suci di atas mempunyai lapis makna yang terperinci. Salah satunya ialah kontekstualisasi. Islam yang tiba di Jepun misalnya harus mengambil kira peribadi, atau perangai orang Jepun. Wali Songo yang mendakwahkan orang Jawa memahami strategi ini, maka tidak hairanlah Islam berkembang di Nusantara secara umumnya secara aman, dan bukan dengan cara pertumpahan darah.

Tuan-tuan, kembali kepada kalimah Allah. Allah dalam Kamus Dewan (halaman 37) dinyatakan sebagai: Tuhan (Yang Esa). Kalau Allah diterima penggunaannya oleh penganut Kristian, entri terbaharu Kamus Dewan mungkin perlu menimbangkan misalnya definisi baharu berbunyi: Tuhan (Yang Esa) untuk orang Islam, tetapi Allah juga merupakan Bapa kepada Jesus (Isa al Masih).

Naud'zubillah.

Akhir sekali Allah berfirman dalam surah al Kahfi ayat 4 dan 5: "Al-Quran ini diturunkan untuk mengingatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu, tidak juga pada nenek moyang mereka. Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka."

“Pada ayat lain Allah berfirman lagi: Mereka berkata, Allah Yang Pemurah itu memiliki anak. Katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dahsyat! Hampir-hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung-ganang berhamburan." Ini difirmankan Allah dalam surah Maryam ayat 88-90.

Jelaslah kalimah Allah bukanlah suatu kalimah yang dapat dikongsi atas alasan apa sekalipun.

Untuk memahami strategi halus Kristian untuk menyamaratakan agama, saya ingin menjual novel saya berjudul Tuhan Manusia kepada tuan-tuan. Saya melakukan kajian yang lama untuk menulis novel tersebut dan mendapati terdapat banyak cara dan kaedah Kristian untuk memamah agama kita.
Saya tidak bimbang dimarahi kumpulan liberalis, mahupun mereka yang taksub kepada pemimpin PAS tertentu. Esok, setelah kita semua mati, generasi baharu perlu berdepan dengan kesalahan, kenyanyukan, keterlanjuran dan kekeliruan hari ini. Kita telah tiada lagi untuk menjelaskan dan menolong jawab. Dan kesalahan itu akan terus berlaku, seperti mana hari ini Islam yang kita terima telah banyak dipesongkan, sehingga Rasulullah saw sendiri berasa sedih sebelum wafatnya.

Dan jika benar, PAS jujur dalam isu ini, ada baiknya PAS bertegas dengan PKR kerana aktivis gereja yang melancarkan kempen Allah For Christian ialah Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Banyak cara misi Kristian memamah kita, salah satu caranya menyamaratakan 'tuhan'.