Wacana pilihan

Monday, April 6, 2009

T.E.M : Team Elit Muslim 2



1. Kelas Dakwah Siri 2

Kelas ini memberi peluang kepada mahasiswa Islam yang meminati bidang dakwah untuk mempelajari pelbagai kaedah berdakwah kepada Non-Muslim secara teori dan praktikal. Dengan mengikuti kelas ini, mahasiswa Islam juga berpeluang mempelajari tentang agama-agama lain untuk memudahkan kegiatan dakwah yang ingin dilaksanakan. Sijil disediakan.

2. Ziarah Dakwah Islah (ZDI)

Memberi peluang kepda mahasiswa Islam untuk mempraktikkan kemahiran anda dalam berdakwah. ZDI membawa mahasiswa mengunjungi Pusat Perubatan Uni. Malaya, rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan rumah-rumah kebajikan yang lain. “Dekati masyarakat, sebarkan dakwah”.

3. Riadhah Teladan Ceria (RTC)

Ceria-ceriakan hari anda dengan riadhah dihujung minggu. Aktiviti menarik menanti anda.

4. Ronda Islah Dakwah.(RID)

Bersiar-siar mengambil angin sekitar Uni Malaya sambil menyebarkan Dakwah.

5. Bengkel Dakwah.

Meningkatkan kemahiran dakwah dalam diri mahasiswa. Menjadikan anda insan yang serba boleh. Berpeluang mempelajari pelbagai skill dakwah ,psikologi dalam berdakwah ,imej diri dan lain-lain.

6. Ekspedisi Dakwah

Sampaikan dakwah dengan gaya baru. Dakwah berbentuk explorace. Membawa mahasiswa berdakwah di sekitar KLCC dan Taman Jaya.

P/S : Untuk borang pendaftaran menjadi ahli TEM hubungi Zul Amirul Izwan 013-31996286

No comments:

Post a Comment