Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
SAHABAT terus bantu pesakit PPUM
Ahli-ahli sahabat terus beri komitmen dalam membantu pesakit hospital perubatan Universiti Malaya. Baru-baru ini ahli shabat terun beramah mesra sambil memberikan cendrahati kepada pesakit-pesakit yang menunggu dan lepas bersalin di Wad Meterniti.
Tujuan lawatan tersebut adalah sempena hari ibu dan hari jururawat 10 dan 12 mei 2009 yang lepas. Dengan itu, pihak Sahabat hospital merancang meraikan para ibu dab jururawat di Wat berkenaan.
Seramai 20 orang ahli turun meluangkan masa bersama pesakit minggu lepas. Antaranya adalah Vip yang hadir ialah Mohd Omar Hj Salleh, Datin Azizah Ariff, Puan Maimunah Hussain, En. Ariff Malik,Cik Isdar Ikhmad, dan seorang yang membuat latihan Industri di Sahabat iaitu Muhammad Nazim Hayazi.
Semua yang hadir disamping melawat, mereka turut bertanyakan masalah untuk membantu mereka yang kesempitan wang. Selain bantuan kewanganli, pihak sahabat juga turut memberikan bantuan kepada pesakit memerlukan bantuan dari segi membangunkan emosi positif yang seperti motivasi, membantu pesakit untuk menunaikan ibadah solat waktu sakit, dan pelbagai lagi.
Ahli-Ahli sahabat turut mengedarkan bahan-bahan bacaan kepada pesakit untuk meluangkan masa dengan membaca. Pihak Sahabat Hospital Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan kepada semua pihak individu mahupun badan kerajaan atau bukan badan kerajan untuk mendermakan sama ada berbentuk kewangan dan juga material seperti bahan bacaan untuk kebajikan pesakit di sini.
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru

Teringat aku waktu kecik dulu setiap hari pergi ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampong Nako Nambua yang terletak 8 kilomiter dari rumah. Masih ingat lagi ustazah yang mengajar di
Kebiasaan kigta mengatakan cikgu yang mengajar di sekolah itulah guru. Tapi harus diingat bahawa guru yang pertama mengajar adalah ibu kita sendiri. Sejak dari kangandungan kita diajar dengan persekitaran, perbuatan, dan tingkah laku ibu kita sendiri.Ibu kitalah ya
ng mendidik kita semenjak kita dialam rahim.
Mengenangkan siapa kita tanpa guru adalah perlu. Banyak jasa yang mereka tumpahkan kepada kita dengan mendidik, mengajar, dan mebimbing kita sehingga kita kini menjadi manusia yang berjaya menjadi seorang manusia. Oleh itu, kenagkanlah jasa guru yang tak mampu yang kita balas.
Akhir sekali saya mengambil kesempatan sempena hari guru ni kepada semua guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Awang (SKPA), Sekolah Menengah Ugama Al-Khairiah (SMUK), Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS) dan seluruh pensyarah dan tutor di Universiti
Yang nak dikatakan..
‘Rempit’ dalam membuat kebaikan
Mungkin ini kali pertama kita bersua dan mungkin ini adalah yang terakhir di alam maya ini. Bukankah setiap orang itu wajib berdakwah atau dengan kata lain setaip orang perlu menyeru berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Perara ini perlu dailakukan samaada individu dan lebih baik dilakukan secara berkumpulan. Kita dalam melakukan kebaikan disuruh berlumba-lumba atau istilah lain rempit. Rempit ini adalah rempit cara Islam. Allah berfirman
dalam al-quran yang bermaksud “berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan” . Ini bermakna umat Islam perlu ada rasa untuk rempit dalam membuat kebaikan dan bukannya berlumba-lumba dalam mencari harta dunia, mengumpat, dan sebagainya. Tetapi itulah yang menjadi kebiasaan umat islam kini yang tidak rasa sifat Ehsan dalam diri.
Berpesan-pesan
Manusia mudah lupa. Bukan melayu je mudah lupa tapi boleh dikatakan semua umat sama ada islam ataupun kafir adalah mudah lupa. Kadang kala tanpa kita sedar kita mengulangi dosa yang sama sedangkan kita mengetahuinya. Sebenarnya pepatah ‘menjaga tepi kain orang lain’ perlu disuburkan dalam masyarakat tetapi ia perlulah ada adap dan tatacaranya untuk melakukannya dan bukanlah secara melulu. Kadang kala ape yang kita nak lakukan niatnya baik tapi mungkin caranya saja tak tepat. Mungkin itu biasa, yang pasti ia perlu dipelajari. Sikap seseorang yang berilmu kebiasaannya ego dengan ilmu yang dia ada kecuali dia tahu dari mana sumbernya yang dia dapat. Kita perlu sedar bahawa ilmu yang diberikan oleh Allah SWT adalah tak kekal dan ianya hanyalah amat sedikit berbanding dengan ilmu-Nya yang amat luas. Oleh itu kita perlu berpesan-pesan dalm kehidupan kita kerana ia memberi manfaat kepada orang yang beriman. Apabila kita sering diperingati kita akan sering berada dilandasan yang betul dan kita jangan sombong apabila melihat dan mendengar apa dan siapa yang disampaikan kerana Saidina ‘Ali ada mengatakan bahawa “janganlah melihat siapa yang disampaikan tetapi dengarlah apa yang disampaikan.”.
Belajar daripada kesalahan
Kebanyakan orang tidak suka melakukan kesalahan. Memang benar manusia mahu kesempurnaan tetapi dalam kehidupan kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan samaada kesalahan itu terhadap Allah SWT ataupun manusia dan alam. Dalam menuntut ilmu sebahagiannya manusia belajar dari pengalaman dan sebahagiannya adalah burbuat kesilapan. Sesorang itu akan lebih matang dan mahir dalam melakukan sesuatu perkara kerana ia biasa dalam keadaan betul dan ia telah mengalami kesalahan dan inilah secara pemerhatian dan pengalaman saya dalam matang dalam hidup. Oleh itu kombinasi daripada melakukan kesalaha dan berpesan-pesan atau ingat nasihat menasihati perlu ada dalam kenidupan ini dalam kelompok itu.
Thursday, May 7, 2009
-bara-
Ke mata dan ke hati,
Pasti hasratnya akan tercapai
Berbara di pusat api.
Bumi ini ini lagunya.
Janji tidak payah disampaikan
Angin lalu bukan kawan
Angin lalu nafas syaitan
Janji puncak kehancuran.
Bumi ini ini lagunya.
Tiga hasrat satu kasih
Tiga tulang semua putih
Tiga harapan satu indah
Tiga dendam semua merah.
Bumi ini ini lagunya.
Pagi sampai di kelabu mata
Tiada berita kecuali darah
Siapa kebulan siapa kebulan
tidak ditanya dineraka hitam.
Bumi ini ini lagunya.
Manusia semua pasti terkapar
Di bumi hangus di laut terbakar
Segalanya pasti menggempar
Dari pucuk hinggan ke akar.
Bumi ini ini lagunya.
Malam ini malam di dada
segalanya bara – segalanya, ya.
Pagi ini manusia berdosa
***
Dialisnya terbayang dosa!
a.samad said
mastika
februari 1959