‘Rempit’ dalam membuat kebaikan
Mungkin ini kali pertama kita bersua dan mungkin ini adalah yang terakhir di alam maya ini. Bukankah setiap orang itu wajib berdakwah atau dengan kata lain setaip orang perlu menyeru berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Perara ini perlu dailakukan samaada individu dan lebih baik dilakukan secara berkumpulan. Kita dalam melakukan kebaikan disuruh berlumba-lumba atau istilah lain rempit. Rempit ini adalah rempit cara Islam. Allah berfirman
dalam al-quran yang bermaksud “berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan” . Ini bermakna umat Islam perlu ada rasa untuk rempit dalam membuat kebaikan dan bukannya berlumba-lumba dalam mencari harta dunia, mengumpat, dan sebagainya. Tetapi itulah yang menjadi kebiasaan umat islam kini yang tidak rasa sifat Ehsan dalam diri.
Berpesan-pesan
Manusia mudah lupa. Bukan melayu je mudah lupa tapi boleh dikatakan semua umat sama ada islam ataupun kafir adalah mudah lupa. Kadang kala tanpa kita sedar kita mengulangi dosa yang sama sedangkan kita mengetahuinya. Sebenarnya pepatah ‘menjaga tepi kain orang lain’ perlu disuburkan dalam masyarakat tetapi ia perlulah ada adap dan tatacaranya untuk melakukannya dan bukanlah secara melulu. Kadang kala ape yang kita nak lakukan niatnya baik tapi mungkin caranya saja tak tepat. Mungkin itu biasa, yang pasti ia perlu dipelajari. Sikap seseorang yang berilmu kebiasaannya ego dengan ilmu yang dia ada kecuali dia tahu dari mana sumbernya yang dia dapat. Kita perlu sedar bahawa ilmu yang diberikan oleh Allah SWT adalah tak kekal dan ianya hanyalah amat sedikit berbanding dengan ilmu-Nya yang amat luas. Oleh itu kita perlu berpesan-pesan dalm kehidupan kita kerana ia memberi manfaat kepada orang yang beriman. Apabila kita sering diperingati kita akan sering berada dilandasan yang betul dan kita jangan sombong apabila melihat dan mendengar apa dan siapa yang disampaikan kerana Saidina ‘Ali ada mengatakan bahawa “janganlah melihat siapa yang disampaikan tetapi dengarlah apa yang disampaikan.”.
Belajar daripada kesalahan
Kebanyakan orang tidak suka melakukan kesalahan. Memang benar manusia mahu kesempurnaan tetapi dalam kehidupan kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan samaada kesalahan itu terhadap Allah SWT ataupun manusia dan alam. Dalam menuntut ilmu sebahagiannya manusia belajar dari pengalaman dan sebahagiannya adalah burbuat kesilapan. Sesorang itu akan lebih matang dan mahir dalam melakukan sesuatu perkara kerana ia biasa dalam keadaan betul dan ia telah mengalami kesalahan dan inilah secara pemerhatian dan pengalaman saya dalam matang dalam hidup. Oleh itu kombinasi daripada melakukan kesalaha dan berpesan-pesan atau ingat nasihat menasihati perlu ada dalam kenidupan ini dalam kelompok itu.
No comments:
Post a Comment