Gadis kecil molek model iklan dan juga pelakun Diana Danielle Danny Beeson, 20, sudah lali dengan pelbagai gosip dan kontroversiyang menimpanya.
Diana kini memberitahu fokusnya adalah pada pelajaran dan karier seni yang diceburinya, sejak enam tahun lalu. Dia mahu bekerja lebih keras lagi tahun ini kerana aktiviti seninya perlahan tahun lalu kerana tumpuan pada pelajaran.
Diana rasa bersyukur kerana dimurahkan rezeki dalam bidang seni tahun ini. Menurutnya dia juga akan terus berlakon kerana masih banyak impian yang belum tercapai dalam karier seni. Antara impiannya berhasrat untuk berlakun dengan pengarah filem terkenal tanah air untuk memantapkan dirinya dalam lakonan
.
Sebagai orang seni dia akui ditimpa pelbagai kontroversi keatas dirinya
Namun dia tetap tabah berdepan dengan semua itu. Malah, pada usia muda, Diana tetap matang berdepan segala kontroversi yang datang dalam hidupnya.
"Saya sudah lali dengan semua gosip dan kontroversi itu. Kontroversi yang melanda sekarang tidak seteruk pada awal pembabitan saya dulu. Saya akui sedih dan kecewa kerana sering menjadi sasaran kontroversi yang sedikit sebanyak mencalar nama baik saya dan keluarga.
faktor sekeliling telah banyak membantunya dalam membina kareir sebagai anak seni. Mama, ahli keluarga, kawan baik serta peminat banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya selama ini.

No comments:
Post a Comment