| Bashir Ishak, | 29 Ogs 2013 |
POKOK SENA:
PAS Kedah meminta kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Mukhriz
Mahathir supaya tidak mengalihkan isu pokok berkaitan kemelut Kolej
Unversiti Insaniah (Kuin) sepertimana penjelasan yang dibuat pada Sidang
Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini.Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, dua isu utama yang telah dibangkitkan selam ini ialah berkaitan masalah gaji dan status kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) dan masalah perpindahan semula pelajar ke kampus lama Mergong.
"Walaupun Mukhriz dan Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberikan jawapan pada seis penggulungan, bagi Pakatan Rakyat, kami tiada masalah dengan segala pendedahan itu.
“Kalau kerajaan dapati ada apa-apa masalah salahgunakuasa atau penyelewengan dalam pengurusan Kuin mahupun apa jua bidang pentadbiran semasa Pakatan Rakyat memerintah Kedah, kerajaan diminta untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.Kita akan turut memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini.
Persoalannya sekarang, kata beliau ialah berkitan IHSB iaiatu berkaitan kakitangan yang telah diambil bekerja.
“Mereka yang diambil bekerja pada masa itu diambil secara sah, kontrak kerja mereka adalah sah. Jadi tidak ada hak untuk kerajaan dan pengurusan Kuin untuk menahan gaji mereka.
“Tapi kalau ada perincian tentang siapa sahaja yang berlaku salah sama ada dari pihak pengurusan atau orang politik, silakan untuk diambil tindakan.
“Jadi dalam isu ini kita minta penjelasan daripada Mukhriz," katanya.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata jawapan pada sidang Dun oleh Menteri Besar dan Exco berkenaan menampakkan kelemahan dan kebodohan mereka sendiri untuk cuba mengalihkan isu besar yang melanda Kuin dan IHSB.
sumber: harakahdaily
No comments:
Post a Comment