Wacana pilihan

Thursday, December 17, 2009

20 tahun lamanya..dan kini temuinya kembali


Tahniah buat pasukan bola sepak negara B-23 kerana berjaya kembaalikan nostalgia lama mengenangkan peristiwa kemenangan pasukan bola sepak dahulu. Mungkin ini adalah detik kebangkitan pasukan bola sepak negara kita. Apa pun rakyat malaysia mengharapkan bukan sahaja mendapat gaji setiap bulan hanya bermain bola sahaja tapi adalah tanggungjawab pasukan malaysia adalah mengharumkan nama negara dengan melakukan tranformasi kemenangan itu kepada kebaikan negara kita dari pelbagai sudut. Mungkin sebagai mendan dakwah yang ditunjukkan seperti dari segi pemakaian menutup aurat seperti ratu pecut Iran yang boleh menjadi Ikon kepada masyarakat dunia hari ini dengan membuktikan bahawa Islam itu adalah indah dan menghapuskan mentaliti masyarakat yang begitu memandang serong dengan ajaran Islam dan sebagainya. Itulah harapan yang diharapkan saya malah mungkin ini adalah salah satu suara dari jutaan rakyat malaysia dan seluruh masyarakat Islam umumnya agar setiap perilaku kita mencontohi kepada orang bukan Islam. Apa pun tahniah untuk pasukan bola sepak Negara. Akhir kata "Majulah Sukan Untuk Islam"

Selamat Tahun Baru 1431h

Saturday, December 5, 2009

PENGORBANAN


Hidup adalah manis jika dapat bekorban untuk orang lain. Bekorban bagi saya bermaksud melebihkan orang lain dari diri sendiri atau mengutamakan orang untuk kesenangan mereka dari diri sendiri merasakan nikmat. mungkin pelbagai lagi maksud yang dapat kita ungkapkan untuk menyatakan maksud pengorbanan.

Menyoroti kisah Nabi SAW dan para sahabat r.a dapat difahami betapa peneguhan i’tiqad itu memerlukan pengorbanan (tadhiyah) yang tinggi.Lihat sahaja kisah Bilal Bin Rabah Al-Habsyi yang diseksa semata-mata tegar menyebut kalimah ’Ahad”, disana kita melihat ianya satu pengorbanan kecil pada mata Bilal untuk mendapat kenikmatan sejati di dalam Islam.Begitu juga kisah Ashabul Ukhdud,Ashabul Kahfi dan sebagainya. Jelas,bahawa mempertahankan aqidah memerlukan pengorbanan yang hebat, dan mantaliti yang tajarrud dan pegangan yang thabat. Menurut Assyahid Hasan Al-Bana ketika mendefinisikan maksud pengorbanan, beliau menyatakan pengorbanan itu ialah berkorban jiwa,harta,masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat.Tiada jihad didunia ini tanpa pengorbanan dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah islamiyyah.

Dalam kampus

Hidup dalam kampus adalah dikelilingi sahabat handai dalam pengajian. ada yang datang dari utara, timur , barat dan selatan dan ada yang jauh nun disana yaitu Borneo sana ke Kuala lumpur untuk menuntut ilmu. Ada sahabat yang sebilik di kolej dan ada yang tinggal di rumah sewa. Kawan-kawan sekelilinglah yang menjadi 'ahli keluaga' apabila berjauhan dengan keluarga yang jauh. Mungkin kepada sahabatlah untuk meluahkan perasaan dan mereka yang berada di sekitarlah yang mereka hendak menumpang gembira kasih yang seketika. Istilah lain yang dapat diungkapkan adalah apa sahaja yang mereka lakukan itulah "nyawa" kita.

kadangkala hidup kita agak senang semasa kita ada wang dan mungkin susah ketika kehabisan duit kerana masing-masing bergantung pada pinjaman dan bantuan keawangan sama ada daripada PTPTN atau JPA. ada sahabat yang terpaksa membahagi-bahagikan bantuan keangan mereka kepada keluarga di kampung. Situasi ini biasa kita dengar kerana mereka yang datang dari seluruh pelosok di negara kita tak semuanya dari keluarga yang kaya.

sikap

Berbagai gelagat dan macam ragam manusia di bumi Kuala lumpur ini. Hidup di Kuala Lumpur ini kata orang kenalah pandai servive. ermmm... istilah tu memang tepat kerana berada di tempat yang penuh persaingan dan masing-masing berlumba-lumba dalam kehidupan. mengenai sikap dalam kehidupan ada yang pentingkan diri sendiri kerana mungkin ini dalah permainan dalam kehidupan tetapi adakah kita berfikir ada kesan baik dan buruknnya. membiarkan orang lain berusaha dan beranggapan ini adalah usaha aku dan mereka biarlah dengan usaha mereka. orang melayu sememangnya begitu tak senang melihat orang lain senang. ada sahaja plan untuk jatuhkan orang lain atau membiarkan sahaja mereka berusaha sendiri dan berbangga dengan pencapaian diri apabila sudah berjaya dan rasa puas apabila melihat kita melebihi dari orang lain dan tersenyum melihat mereka gagal. Hal inilah yang menjadi masalah orang kita. sikap tolong menolong tidak diluaskan kepada orang lain, kebanyakan hanyalah orang yang terdekat sahaja. kenalan yang kurang rapat kurang diendahkan. Kadangkala lebih ringan membawa moto pergi ke pasar malam dari mengambil kawan di perhentian bas ataupun LRT. lebih mementingkan perut orang mereka dari bersusah payah membawa moto untuk mengambil kawan sendiri. mungkin kecil pengorbanan itu dan rata-rata berfikir di kuala lumpur ni kan banyak pengangkutan awam dan meraka kan boleh gunakannya. tak perlulah untuk aku yang ambil. Itulah nilai mereka berfikir kerena mereka tak mau rasa susah diri mereka.

korban bukanlah bermusim semasa datangnya bulan Zulhijjah sahaja malah korban adalah luas maksudnya dan setiap hari perlukan pengorbanan sama ada masa, wang, tenaga, fikiran dan harta benda dan ia bukanlah perlu sebesar seekor lembu untuk melakukan korban malah ia adalah sekecil-kecil perkara kita perlu kena lakukan dalam pengorbanan.

ayuhlah sama-sama kita lakukan pengorbananan dalam kehidupan kita kerana pengorbanan membuatkan diri kita rasa tenang dan merasakan manis dalam ibadah dan kehidupan seharian. maka ayuhlah kita semua lakukan pengorbanan lebih-lebih lagi dalam perjuangan menegakkan keadilan dan meletakkan Islam di tempat yang tinggi. dan mulakan ia pada sekecil-kecil pengorbanan hingga sebesar-besar pengorbanan.

Monday, November 23, 2009

Saturday, November 21, 2009

PUISI CINTA

Sekalipun cinta ku telah uraikan dan kujelaskan panjang lebar
Namun jika cinta ku datangi,
Aku jadi malu
Pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telahpun mampu uraikan
Namun tanpa lidah
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena
Begitu tergesa-gesa menuliskan.

Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
Cinta semdirilah yang menerangkan cinta dan tercinta .
SUMBER
KETIKA CINTA BERTASBIH

Sunday, November 15, 2009

teringin nak pergi haji


"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak"


laungan ini akan mambayangkan kita suasana di tanah suci Mekah dengan lautan manusia. Kebiasaannya lagu yang dipopularkan oleh kumpulan raihan yang berkumandang di corong-corong radio menandakan bulan Zulhijjah akan menjelma. Laungan kalimah keramat ini membayangkan kita pada suasana di tanah suci Mekah yang penuh dengan para haji yang datang. Ya Allah betapa rindunya Hambamu ini pada-Nya. Teringin walaupun sekali untuk kesana.


Kini ramai jemaah haji mula berangkat ke tanah suci Mekah al-Mukarrramah dan salah seoarang dari bapa saudara saya kini sudah berada telah pun berada di sana menikmati Ibadah umrah. Bagi setiap orang Islam yang berkemampuan perlu menunaikan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Pelik tapi benar, ada yang ada kekuatan kudrat dan mampu dari segi kewangan tak terasa untuk pergi kesana. Alasannya mudah yaitu tak sampai "seru". Tapi sebaliknya berlaku, orang yang kurang kemampuan bila ditanya dan mungkin tak sempat habis soalan sama ada mahu tak ke sana? terus saja menjawab mau.


Itulah jika hidup dalam kesenangn, cintakan dunia melebihi akhirat. Hidup semasa senang perlu menjinakkan diri dengan melakukan kebajikan dan perlu rasa rendah diri dan patut mensyukuri nikmat Allah yang Allah berikan. Perlu diingat bahawa kesenangan dan kemewahan yang dikurniakan adalah hanya sedikit yang Allah dalam isi dunia ini dan ia adalah salah satu ujian Allah dan Allah akan melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat yang diberikan.


Ada juga kisah sebaliknya. Allah menguji manusia dengan pelbagai cara. Hidup sebagai musafir di bumi Allah ini adalah indah jika diuji. Hidup sebagai seorang yang bertakwa akan merindui ujiannya daripada-Nya. Kadangkala kita lihat bakal haji diuji dengan proses untuk kesana. Ada sahaja dugaan-Nya. Ada tiket penerbangan last minit dibatalkan, ada yang terpaksa ditangguh saban tahun lamanya dan macam-macam lagi.


Dan diantara hikmahibadah haji ini adalah dengan mengikhlaskan Seluruh IbadahBeribadah semata-mata untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menghadapkan hatikepada-Nya dengan keyakinan bahwa tidak ada yang diibadahi dengan haq,kecuali Dia dan bahwa Dia adalah satu-satunya pemilik nama-nama yang indahdan sifat-sifat yang mulia. Tidak ada sekutu bagi-Nya, tidak ada yangmenyerupai-Nya dan tidak ada tandingan-Nya. selain itu hikmah haji adalah mendapat Ampunan Dosa-Dosa Dan Balasan Jannah"Dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Satuumrah sampai umrah yang lain adalah sebagai penghapus dosa antara keduanyadan tidak ada balasan bagi haji mabrur kecuali jannah" [HR Bukhari danMuslim, Bahjatun Nanzhirin no. 1275] . Banyak lagi hikmah yang dapat kita peroleh dgn ibadah ini.



Sebagai umat Islam cita-cita perlu disematkan dalam diri untuk kesana, kerana apa? Ia adalah kerana tanggungjawab sebagai umat Islam perlu menunaikannya dan ia juga salah satu daripada rukun Islam yang terakhir. Allah SWT adalah matlamat kita samua. Hidup sentiasa merinduinya.


Untuk nukilan akhir kepada bakal jemaah haji selamat menunaikan haji. Semoga haji yang yang dilakukan haji yang mabrur dan diterima Allah. selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air.

Iklaneka


untuk mengetahui tudung muslimah layari laman

Friday, November 13, 2009

Dimana Kan Ku Cari "khadijah" Zaman Sekarang

sebut sahaja nama Khadijah, maka siapa yang tidak mengenalinya. Seorang tokoh muslimah yang mungkin tak dapat dicari ganti. Sanggup berkorban apa sahaja demi Islam. Kata-kata keramat sebelum ia meninggal ia masih tegar berpesan sekiranya setelah dia meninggal dunia kelak, jika sudah tiada hartanya yang yang sedar mahupun tida dapat dimanfaatkan, beliau redha agar tulang-belulangnya digunakan jika itu boleh membantu perkembangan agama Islam. Nah begitu hebat kata-kata seorang isteri nabi tercinta.

Kita tidak dapat nafikan bahawa wanita lebih ramai daripada lelaki. Itulahyang dikatakan tanda-tanda kiamat kecil. Amatlah beruntung sekali apabila dianugerahkan menjadi seorang wanita. Mereka mudah untuk masuk ke syurga dan juga perlu diingat bahawa mereka juga mudah untuk mendapat tempat di neraka, manakan tidak di hari akhirat nanti Nabi s.a.w golongan wanitalah yang paling ramai menghuni neraka. Minjadi seorang wanita tambahan menjadi seorang seoarang isteri amat mudahlah meraka mendapat syurga. Dengan syarat mereka hanya perlu menjga tiga perkata, iaitu menjaga solat, manjaga faraj dan yang terakhir mentaati suami. Dengan menjaga tiga perkara inilah dengan senang-senang meraka memasuki syura Allah S.W.T

Realiti zaman sekarang amat sukar untuk bertemu dengan "Siti Khadijah". Pelbagai ragam yang dapat dilihat wanita kini. Ada yang memperjuangkan hak wanita untuk menjadi setaraf dengan lelaki. Ada juga segolongan yang sanggup dieksploitasikan untuk harta dan nama. pendedahan aurat dikatakan moden dan maju. Dikatakan kolot dan ketinggalan zaman jika bertdung . Tak kurang juga yang terang dan nyata mengikut telunjuk pihak lain untuk sedikit kepentingan dunia yakni pangkat dan harta. Inilah hakikatnya zaman sekarang yang perlu diperbetulkan oleh kaun rijal yang melindungi kaum nisa'.

Serikandi Siti Khadijah adalh contoh terbaik kepada golongan angita. Pengorbanannya tak dapat ditandingi. Ia sudah dijamin untuk memasuki syurga Allah. Peribadinya perlu diambil sebagai panduan nilai hidup kaum Adam dan lebih-lebih lagi kaum Hawa.

Bagi para ibu sekarang, nilai yang ada pada siti Khadijah perlu diterapkan dalam diri anak-anak perempuan bagi melahirkan mujahidah-mujahidah masa akan datang. Generasi yang lahir kini adalah bermula dari "sekolah" pertama mereka iaitu dari seorang ibu. Jangan disangka tangan yang lembut menghayun buaian tak mampu memberi apa-apa tetapi dari seorang ibu mampu untuk menggegarkan dunia dan akan lihat ramai seperti Siti Khadijah suatu hari nanti.

apabila orang kafir pula nak bina masjid

terkejut lihat paparan artikel hari ini di blog kedahlanie yang menyatakan seorang wakil rakyat PKR-Wangsa Maju soal tentang pembinaan masjid

Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju)

“Saya difahamkan di dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 ada sebidang tanah di Sri Hartamas yang telah digazetkan untuk masjid Desa Sri Hartamas. Kami sokong (pembinaan masjid) tetapi yang kami tidak boleh terima ialah bagaimana tanah yang khas untuk masjid boleh tukar untuk dibangunkan pangsapuri dan kompleks beli-belah.

ermmm.. termenung bila terbaca artikel ni. terasa pula bila orang lain yang memperjuangkan hak umat Islam. persoalannya mana YB yang berugama Islam untuk persoalkan hal ini. tido jer ke kat dalam dewan rakyat tu??.. ermmm mungkin mereka ada kerja lain kot untuk diperjuangkan ape pun "husnu zon" la insyaallah wakil rakyat pas tak berbuat demekian hendaknya.


Saturday, October 24, 2009

CERPEN MUHASABA

"Anakku, tahukah kamu, dengan apa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga dan dengan apa kamu dijauhkan dari neraka?".

Guru melemparkan persoalan sulungnya dalam munaqasyah hari itu. Ribuan ulama yang hadir di kala itu dan mereka sedang bermuhasabah sesama mereka. Guru mengambil kesempatan untuk melihat sejauh manakah ketajaman makrifat saya kini.

Saya menjawab, "Dengan erti taqwa yang saya sembahkan kepada Allah, saya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dengan erti khauf saya dijauhkan dari sambaran api neraka, guru," saya menjawab dengan penuh keyakinan.

Guru menepuk bahu saya sambil menggeleng kepala. Ia bererti, jawapan saya salah. Zun Nun al-Misri datang dari
belakang seraya berkata, "Nampaknya, makrifat anak muda ini masih lemah. Ia menyangka ia memberi kepada Allah. Walhal ibadat yang ia lakukan bukanlah untuk Allah. Taqwanya bukanlah memberikan kebaikan kepada Allah," saya tidak faham apa yang dimaksudkan.



Guru kelihatan menyalami tangan Zun Nun al-Misri sambil menciumnya. Saya menuruti perbuatan guru. « Anakku, ingat pesan aku. Ibadah yang kamu lakukan sebenarnya hanya untuk dirimu. Taqwa itu hanya untuk dirimu. Khauf dan raja' itu juga untuk dirimu. Bukan untuk Allah, » ucapan al-Misri menggoncangkan jiwa saya.

Guru tersenyum. Al-Misri meneruskan bicaranya, « Ajarilah muridmu ini, bahawa dakwah juga tidak mampu mengubah manusia. Usrah dan tarbiah juga
tidak mampu memberikan apa-apa untuk Islam. Yang menjaga hati manusia dan membersihkannya hanyalah Allah. Kita hanya alat, » ujar al-Misri kemudiannya meninggalkan kami.

Saya kekeliruan. « Guru, telusnya, saya tidak memahami ungkapan al-Misri. Guru menarik saya merapatinya. Sambil guru berbisik, « Anakku, apakah layak taqwa kita yang cetek ini untuk memasukkan kita ke dalam syurgaNya yang seluas langit dan bumi ? Apakah mampu ketakutan yang kita sembahkan kepada Allah memadamkan neraka ? »

Saya terkedu.
Teringat satu kalam Allah yang berbentuk ancaman. "Hari yang mana Kami bertanya kepada Jahannam, masihkah ada ruang kosong? Jahannam bertanya balik, "Apakah masih ada manusia yang ingin dilemparkan ke dalamku."

Neraka ini tempat kotoran. Guru membuat tamsilan. Seolah-olah engkau merapatkan hidungmu ke dalam mangkuk tandas dan menjilat serta menggigit najisnya. Aduh, loya saya mendengarnya.

Seolah-olah, ambil tahi yang kotor dan dilumurkan ke muka engkau. Sanggupkah?

Bahkan
neraka jauh lebih teruk berbanding itu. Guru bertanya lagi, "Anakku, sudahkah kamu bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian? Sudahkah kamu mendidik adik-adik usrahmu agar bersedia menghadapi saat-saat itu? Saat yang mana tiada guna kelantangan suara kamu menentang kezaliman sedangkan hati kamu kotor.

"Saat yang mana tiada guna perjuangan kamu
jika jiwa kamu penuh dengan daki-daki maksiat. Saat itu adalah saat untuk orang yang berhati bersih."

Sebagaimana firman Allah. Yang berhati bersih itu adalah yang takut kepada Allah ketika ia sendirian.

Guru bertanya lagi. "Apakah kamu pernah menitiskan air mata? Atau kamu hanya banyak ketawa. Anakku,
sesungguhnya Allah menyeru agar sedikitkan ketawa dan banyakkan menangis. Hati yang gelap itu mudah menerima kotoran maksiat. Bermakna hati kamu jika tidak dibersihkan, adalah ibarat tandas yang penuh dengan limpahan tahi."

Saya menangis mendengar kata-kata guru. Ia sangat menusuk hati. Saya tidak mampu lagi menahan esaknya.

"Anakku, Iman dan ilmu yang kamu miliki, tidak m
ampu memberikan kesan yang besar kepada Islam. Maafkan aku anakku. Aku melihat kamu kuat berjuang namun nafsumu sentiasa kecundang. Namun kamu menyangka kamu telah memberikan sumbangan yang besar kepada Islam. Kamu silap anakku."

Saya terus memeluk guru sambil memohon ampun kepadanya. "Anakku, jangan mohon ampun dariku. Mohonlah kepada Allah. Bukan hanya dengan solat taubat dan istighfar lidah. Sebaliknya dengan penuh perasaan kesal dan keazaman untuk tidak mengulanginya. "

Pejuang Islam sekarang menurut guru, kuat daya juangnya namun lemah ketahanan imannya. Lantang suaranya menentang kezaliman namu
n perlahan bisikan hatinya di lembah keimanan. Jasadnya sanggup bersusah payah bersama perjuangan rakyat namun nafsunya sentiasa ingin bersenang lenang.

Solat taubat. Bukan solat taubat yang mendekatkan kita kepada Allah. Tetapi keinginan kita ingin meninggalkan kotoran maksiat dan melakukan taat.

Saya kemudiannya merapati al-Sakandari untuk memohon petunjuknya. Guru yang meminta saya berbuat demikian.

Al-Sakandari melihat saya. Lalu ia menangis. Teringatlah saya kata guru. Jika kamu ngin melihat kepada orang yang sentiasa berasa dirinya penuh dengan maksiat, jiwanya jauh dari taat, maka lihatlah kepada al-Sakandari. Ia sentiasa merasakan dirinya pelaku dosa yang besar.

"Guru, berikanku pesan."

Al-Sakandari menangis. Ia meraung kuat. « Aduh, hari ini orang memohon nasihat dariku sedangkan diriku sendiri tenggelam dalam lautan kedurhakaan. Aduh, bagaimana hatiku ingin berkilau-kilauan dengan cahaya keimanan sedangkan bayangan duniawi selalu menyelimutiku, » ia pengsan dan saya tergamam.

http://dzulkhairi. blogspot. com

Thursday, October 22, 2009

apa itu COUPLE???

C.O.U.P.L.E. satu perkataan yang mempunyai banyak maksud, ada yang memahaminya sebagai pasangan sehidup semati ada yang memahami sahabat atau rakan karib. Kita dapat lihat "couple" dimana-mana sahaja setiap masa bermesraan tanpa mempunyai restu dari ibu bapa..... kita mesti memahami apa maksud COUPLE:
C = cabaran dunia
O = onak duri nafsu
U = ummu maksiat
P = perosak hidup
L = laluan ke neraka
E = enaknya dosa

Kita harus memahami maksud COUPLE dalam bermacam-macam bentuk, bagi sesetengah individu, couple memang salah dan harus dielakkan. Kita harus tahu coupling tidak salah dan mengikut kepada niat seseorang yang ingin bercouple itu. Jika ingin belajar kita mesti mempunyai pasangan dan segolongan pelajar lebih selesa belajar bersama orang yang tidak sejenis kerana mungkin kaum sejenis memilih........
Bagi saya couple tidak salah kerana memang benar ilmu lebih mudah untuk diterima kerana saya memang dapat melihatnya sendiri di sekolah saya. Remaja harus faham jika hanya belajar secara berpasangan tetapi tidak berusaha tak kan mendatangkan hasil. Saya ada satu permintaan kepada para pembaca, tahun ini saya akan menduduki PMR jadi saya ingin memohon sedikit bantuan para pembaca untuk mendoakan saya. Terima kasih.

status pendapatan dan gaji yang bercampur halal dan haram..bagaimana menyelesaikannya???


Seorang yang begitu prihatin terhadap halal dan haram di dalam kehidupannya telah bertanya kepada saya tentang status gajinya yang bercampur antara halal dan haram.Soalannya seperti berikut :

“Saya bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Kebanyakan projek yang saya terlibat secara langsung adalah seperti membina shopping kompleks ,jambatan dan kondominium.Namun baru-baru ini saya dikejutkan yang syarikat saya telah terlibat dengan pembinaan sebuah gereja.Walaubagaimanapun saya tidak terlibat dengan projek tersebut. Persoalannya bagaimana dengan status rezeki saya kerana secara tidak langsung keuntungan dari projek pembinaan gereja tersebut mengalir ke akaun syarikat seterusnya ke gaji bulanan?”

Jawapan Para Ulama :

Pertamanya, secara jelas Islam benar-benar menitik beratkan permasalahan rezeki kepada umatnya.Seboleh-bolehnya bagi seseorang tersebut memastikan segala sumber yang diperolehnya daripada hasil pekerjaannya adalah halal di sisi Islam.Ini jelas di dalam hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam:

كل لحم نبت من حرام فالنار أولى به

Maksudnya: Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka nerakalah yang lebih layak baginya.

Perkara kedua yang patut kita sedari bersama, hakikat yang perlu kita terima ialah kebanyakkan harta yang ada pada zaman sekarang telah bercampur antara yang halal dan haram.Maka kalau kita berusaha mencari-cari sesuatu yang kita tidak ketahui pada dasarnya sesuatu perkara tersebut.Zahirnya kita melihat perkara itu halal, namun jika kita tetap juga mencari-cari sumbernya maka pastilah akhirnya natijah yang kita perolehi akan mengecewakan kita.Maka oleh kerana itulah Islam tidak membebankan umatnya untuk meneliti satu persatu secara detail sumber manakah dan daripada manakah perkara tersebut datang kerana ianya secara tidak langsung akan menatijahkan sesuatu yang pasti mengecewakan umatnya.

Contoh mudah saya dapat berikan ialah gaji para pegawai kerajaan.Kalau seorang pegawai kerajaan tersebut mengkaji semula daripada mana hasil gajinya diperolehi, maka jika diteliti pasti akan berakhir kepada Pihak Kerajaan itu sendiri.Manakala pihak kerajaan pula sudah kita sedia maklum yang mana hasil pendapatan negara bukanlah berasal daripada yang halal semata-mata.Terdapatnya penjualan arak, babi, pelacuran, korupsi dan sebagainya.Maka jika diteliti sedemikian rupa maka tiadalah orang yang akan mendapat harta yang halal secara seratus peratus.

Oleh kerana itulah Islam tidak menyusahkan umatnya untuk meneliti sesuatu sehingga menjerumuskan dirinya kepada kebinasaan.Apa yang perlu dilakukan ialah cukup baginya melihat apa yang ada di depan mata.Jika apa yang diambilnya berdasarkan kerjanya yang halal maka halallah hukumnya dan jika yang diambilnya haram, maka haramlah hukumnya.

Perkara ini diakui sendiri oleh al-Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumuddin jilid ke 2 mukasurat 93 seperti yang dinukilkan oleh Guru Kami yang mulia Syaikhuna al-Allamah Atiyah Saqr rahimahullah.

Al-Imam al-Ghazali rahimahullah menyebutkan: Jika bercampur antara harta yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan maka tidaklah bermasalah untuk kita menggunakannya.Ini adalah seperti harta yang diperolehi pada zaman kita sekarang(maksudnya pada zaman al-Imam Ghazali rahimahullah yang wafat pada tahun 505 hijriyah itu sendiri telah berlaku percampuran harta yang halal dan haram , apatah lagi zaman yang lebih teruk seperti sekarang?).

Kata al-Imam lagi: Jika harta tersebut dapat dipastikan mana satu yang halal dan mana satu yang haram maka wajiblah menjauhi perkara yang haram tersebut.

Berbalik kepada persoalan yang dilemparkan kepada saya oleh penanya yang prihatin tersebut , maka jelas perkerjaan yang dilakukannya adalah halal kerana dia hanya mengambil daripada pekerjaannya yang halal.Manakala pihak syarikat yang mencampurkan urusan halal dan haram tersebut dengan melaksanakan projek pembinaan gereja.Moga-moga ini tidaklah akan dipersoalkan oleh Allah taala kepada saudara yang prihatin kerana saudara tidak langsung teribat di dalam pembinaannya.

KESIMPULANNYA

Saya hamba Allah taala yang faqir di dalam ilmu ini cuma dapat memberikan jalan penyelesaiannya secara cadangan.Jika saudara yang bertanya boleh untuk mencari pekerjaan lain selain daripada bekerja dengan syarikat tersebut maka itu sangat-sangat digalakkan.

Tetapi jika terlalu sukar untuk mencari pekerjaan pada zaman sekarang, yang akan menyebabkan saudara tidak akan dapat memberikan sara hidup yang baik kepada keluarga saudara maka teruskanlah bekerja di syarikat tersebut dan elakkan daripada melaksanakan atau membantu projek-projek yang terlibat dengan perkara yang diharamkan Syarak.

Berkenaan gaji saudara, jika dapat saudara bezakan dari segi peratusnya mana yang halal dan mana yang haram maka keluarkanlah yang haram tersebut daripada perbelanjaan keluarga saudara dengan cara memberi sedekah kepada faqir miskin , pembinaan pusat pengajian dan sebagainya.

Sebaiknya, setiap bulan saudara keluarkan jumlah tertentu daripada gaji saudara yang tidak membebankan saudara sebagai sedekah kepada golongan yang memerlukan.Moga Allah taala menjaga kita semua daripada kerosakan yang berlaku pada zaman sekarang.Amin Ya Rabbal A’lamin.

Rujukan:

1.Fatawa Ahsanul Kalam oleh Syaikhuna al-Allamah Atiyah Saqr rahimahullah jilid 2 mukasurat 68-71 cetakan Maktabah Taufiqiyah , Kaherah Mesir.

sumber:

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syarif,
Kaherah, Mesir

Monday, August 10, 2009

Semangat Badar pada 25 ogos

25 ogos telah diishtiharkan sebagai tarikh pengundian bagi permatang pasir. hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk sampai kepada hari tersebut. jarang sekali dapat berpilihanraya pada bulan baik, bulan barakah iaitu bulan ramadan al-mubarak. semangat badar harus diambil sebagai pembakar semangat dalam menempuhi "peperangan" dalam bulan ini. Dan kemenangan badar juga harus diambil iktibar dalam pilihanraya kali ini agar kemenangan kepada pihak yang benar akan dicapai. ketika Rasullullah bersama tentera muslimin yang hanya 313 orang tentera islam mampu mengalahkan tentera kafir yang seramai 1000 orang .

kemenagan awal dalam pilihanraya ini adalah ahli berada dalam disiplin ramadan. semua berpuasa dan manjalankan perintah Allah dalam mengerjakan ibadah puasa. disiplin akhlak menjadikan matlamat dalam sesuatu peperangan, ini menjadiakn kemenangan awal kepada peihak yang ingin menegakkan kebenaran.

Moga kemenangan pilihanraya di Permatang Pasir merupakan kemenagan yang berpihak kepada islam agar islam terus mencapai kemenangan di mana-mana sahaja.

Murka dari Allah


Meninjau masa kini di Malaysia malah seluruh dunia berada dalam murka Allah swt. Buktinya secara berterusan Allah menunjukkan kuasa-Nya dalam bentuk bala bencana. Kini kita berada dalam hati bimbang dengan wabak penyakit H1N1. Ramai yang telah menjadi mangsa dan angka peningkatan wabak ini semakin meningkat. Penigkatan angka-angka ini amat membimbangkan seluruh umat manusia tidak mengira ugama, bangsa dan negara. Masing-masing mengambil langkah keselamatan.

Selama mana kes ini berlaku apakah masyarakat dunia telah berfikir apakah kuasa yang mampu menghentikan wabak ini? Tidakkan kita terfikir kenapa hal ini berlaku berlanjutan dari satu bencana kepada bencana yang lain? Dan haruskah segala penyakit ini ada ?

Kadangkala manusia menyatakan ini adalah fenomena biasa, datang dan pergi. Ada juga menyatakan ia adalah kesan daripada global dan sebagainya. Tapi tak kurang juga menyalahkan pihak-pihak tertentu dalam sesuatu hal yang berlaku.

Sedarkah kita mengapa hal ini berlaku?

Pertama apa yang dapat ditinjau mengapa bala bencana ini berlaku adalah kerana manusia telah mengkiblatkan manusia itu sendiri. Mencari redo manusia tetapi tidak mencari redo Allah swt.

Kini kita dapat melihat manusia telah meninggalkan perintah Allah secara berleluasa, ramai anak muda minum arak secara terang-terangan dalam sebuah negara Islam, seks bebas, semua yang haram bagaikan halal bagi mereka tanpa memikirkan agama yang telah melarangnya.

Syariat Allah tidak dilaksanakan malah menghina syariat Allah swt. Mempersendakan hukum Allah. Menghalalkan hubungan homoseksual. Murtad yang angkanya semakin menigkat permohonannya di jabatan agama Islam.

Hari ini tak henti-henti jerebu melanda, kemarau panjang, hujan hingga bencana banjir kilat dan sebagainya. Tidakkah kita fikir kenapa tuhan seolah-olah tidak menerima doa kita yang tiap hari sujud, doa para alim ulama seolah tiada kesan terhadap apa yuang berlaku pada masa kini. Malah penyakit terus - menerus melanda dengan pelbgai penyakit satu-persatu.

Inilah yang dikatakan dengqn murka Allah swt. Tapi manusia dikata, angkuh dengan sifat yang tidak sempurna mereka. Tidak menjadikan ini sebagai satu iktibar kepada mereka untuk terus tunduk mengabdikan diri sebagai seorang hamba yang taat dan patu pada perintah-Nya.

Pemimpin dalam sesebuah negara perlu memastikan syariat Allah tertegak dalam bumi Allah ini agar umat yang dipimpin mendapat rahmat dan mendapat berkat dalam negara yang syariatnya tertegak. Kita akan melihat rahmat dalam sesebuah negara tersebut apabila pemimpinnya menjadikan agama sebagai perkara utama dalam sesuatu tindakan yang diambil. Masyarakat akan menjadi aman dan terasa aman dengan Islam sekali gus meletakkan Islam itu tinggi dan tiada agama yang lebih tinggi daripadanya

Friday, July 24, 2009

Helwa Sudah Berbicara tentang keselamatan

Jumaat 24 julaif 2009 , Hal Ehwal Wanita MPMUM atau dikenali sebagai 'helwa' telah mengadakan forum keselamatan siswi di dewan terbuka Gazebo berhadapan dengan Komplek Perdana Siswa.

forum ini adalalah forum yang julung-julung kali diadakan selepas kemenangan MPMUM oleh Helwa MPMUM. Forum tersebut telah membincangkan tentang keselamatan mahasiswi yang perlu difahami dan dan dipraktikkan.

helwa telah mengundang tiga ahli panel jumputan iaitu ketua keselamatan Um, seorang wakil MPMUM dan seorang lagi panel jemputan luar iaitu Encik Kamal Afendi penceramah, penyelidik kes jenayah berat.

program yang dijalankan pada malam tersebut telah berjalan dengan lancar dan hampir seramai 300 orang yang hadir dalam forum tersebut. Wakil MPMUM ada menyebut bahawa Universiti Malaya telah memperuntukan sejumlah 30 000 untuk dibelanjakan membeli sendal pintu untuk keselamatan mahasiswi.

turut dibincangkan dalam forum tersebut adalah tentang masalah pemakaian mahasiswi diakatakan menjadi punca kepada masalah jenayah. Hal ini ditegaskan oleh penceramah jemputan supaya pemakaian mestilah mengikut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh islam.

salah seorang daripada mahasiswa bangun bertanyakan kes-kes yang tidak dihebahkan oleh pihak keselamatan Universiti kerana ia akan menjadi kesedaran mahasiswa untuk berwaspada. Hal ini disokong oleh semua ahli panel supaya semua persatuan bekerjasama dalam membantu pihak keselamatan dalam menyampaikan kesedaran ini.

Helwa Sudah Berbicara tentang keselamatan

Friday, May 29, 2009

KONGRES PENDIDIKAN

LAYARI LAMAN BLOG http://kongrespendidikan.blogspot.com UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT.

Thursday, May 28, 2009

SAHABAT terus bantu pesakit PPUM

Ahli-ahli sahabat terus beri komitmen dalam membantu pesakit hospital perubatan Universiti Malaya. Baru-baru ini ahli shabat terun beramah mesra sambil memberikan cendrahati kepada pesakit-pesakit yang menunggu dan lepas bersalin di Wad Meterniti.


Tujuan lawatan tersebut adalah sempena hari ibu dan hari jururawat 10 dan 12 mei 2009 yang lepas. Dengan itu, pihak Sahabat hospital merancang meraikan para ibu dab jururawat di Wat berkenaan.

Seramai 20 orang ahli turun meluangkan masa bersama pesakit minggu lepas. Antaranya adalah Vip yang hadir ialah Mohd Omar Hj Salleh, Datin Azizah Ariff, Puan Maimunah Hussain, En. Ariff Malik,Cik Isdar Ikhmad, dan seorang yang membuat latihan Industri di Sahabat iaitu Muhammad Nazim Hayazi.


Semua yang hadir disamping melawat, mereka turut bertanyakan masalah untuk membantu mereka yang kesempitan wang. Selain bantuan kewanganli, pihak sahabat juga turut memberikan bantuan kepada pesakit memerlukan bantuan dari segi membangunkan emosi positif yang seperti motivasi, membantu pesakit untuk menunaikan ibadah solat waktu sakit, dan pelbagai lagi.


Ahli-Ahli sahabat turut mengedarkan bahan-bahan bacaan kepada pesakit untuk meluangkan masa dengan membaca. Pihak Sahabat Hospital Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan kepada semua pihak individu mahupun badan kerajaan atau bukan badan kerajan untuk mendermakan sama ada berbentuk kewangan dan juga material seperti bahan bacaan untuk kebajikan pesakit di sini.


Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Teringat aku waktu kecik dulu setiap hari pergi ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampong Nako Nambua yang terletak 8 kilomiter dari rumah. Masih ingat lagi ustazah yang mengajar di sana iaitu ustazah yang diberi nama khadijah. Beliaulah yang pertama mengajar aku di alam persekolahan.

Hari demi hari berlalu tanpa sedari kaki yang dulu berpijak di sekolah tadika tanpa disangka kaki ini jugalah sampai di menara gading. Kita mungkin tak senasib dengan kawan dan juga sahabat yang lain. Dulu ketika belajar bersama masing-masing mengungkap kata yang sama iatu A,B,C sehingga Z dan kini masing- masing ada haluan masing masing. Ada yang dah bekerja, ada yang masih belajar malah juga ada yang sudahpun berkahwin dan mendapat anak.


Kebiasaan kigta mengatakan cikgu yang mengajar di sekolah itulah guru. Tapi harus diingat bahawa guru yang pertama mengajar adalah ibu kita sendiri. Sejak dari kangandungan kita diajar dengan persekitaran, perbuatan, dan tingkah laku ibu kita sendiri.Ibu kitalah yang mendidik kita semenjak kita dialam rahim.

Mengenangkan siapa kita tanpa guru adalah perlu. Banyak jasa yang mereka tumpahkan kepada kita dengan mendidik, mengajar, dan mebimbing kita sehingga kita kini menjadi manusia yang berjaya menjadi seorang manusia. Oleh itu, kenagkanlah jasa guru yang tak mampu yang kita balas.

Akhir sekali saya mengambil kesempatan sempena hari guru ni kepada semua guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Awang (SKPA), Sekolah Menengah Ugama Al-Khairiah (SMUK), Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS) dan seluruh pensyarah dan tutor di Universiti Malaya (UM) dengan ucapan Selamat Hari Guru!!!.

Yang nak dikatakan..

‘Rempit’ dalam membuat kebaikan

Mungkin ini kali pertama kita bersua dan mungkin ini adalah yang terakhir di alam maya ini. Bukankah setiap orang itu wajib berdakwah atau dengan kata lain setaip orang perlu menyeru berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Perara ini perlu dailakukan samaada individu dan lebih baik dilakukan secara berkumpulan. Kita dalam melakukan kebaikan disuruh berlumba-lumba atau istilah lain rempit. Rempit ini adalah rempit cara Islam. Allah berfirman dalam al-quran yang bermaksud “berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan” . Ini bermakna umat Islam perlu ada rasa untuk rempit dalam membuat kebaikan dan bukannya berlumba-lumba dalam mencari harta dunia, mengumpat, dan sebagainya. Tetapi itulah yang menjadi kebiasaan umat islam kini yang tidak rasa sifat Ehsan dalam diri.

Berpesan-pesan

Manusia mudah lupa. Bukan melayu je mudah lupa tapi boleh dikatakan semua umat sama ada islam ataupun kafir adalah mudah lupa. Kadang kala tanpa kita sedar kita mengulangi dosa yang sama sedangkan kita mengetahuinya. Sebenarnya pepatah ‘menjaga tepi kain orang lain’ perlu disuburkan dalam masyarakat tetapi ia perlulah ada adap dan tatacaranya untuk melakukannya dan bukanlah secara melulu. Kadang kala ape yang kita nak lakukan niatnya baik tapi mungkin caranya saja tak tepat. Mungkin itu biasa, yang pasti ia perlu dipelajari. Sikap seseorang yang berilmu kebiasaannya ego dengan ilmu yang dia ada kecuali dia tahu dari mana sumbernya yang dia dapat. Kita perlu sedar bahawa ilmu yang diberikan oleh Allah SWT adalah tak kekal dan ianya hanyalah amat sedikit berbanding dengan ilmu-Nya yang amat luas. Oleh itu kita perlu berpesan-pesan dalm kehidupan kita kerana ia memberi manfaat kepada orang yang beriman. Apabila kita sering diperingati kita akan sering berada dilandasan yang betul dan kita jangan sombong apabila melihat dan mendengar apa dan siapa yang disampaikan kerana Saidina ‘Ali ada mengatakan bahawa “janganlah melihat siapa yang disampaikan tetapi dengarlah apa yang disampaikan.”.

Belajar daripada kesalahan

Kebanyakan orang tidak suka melakukan kesalahan. Memang benar manusia mahu kesempurnaan tetapi dalam kehidupan kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan samaada kesalahan itu terhadap Allah SWT ataupun manusia dan alam. Dalam menuntut ilmu sebahagiannya manusia belajar dari pengalaman dan sebahagiannya adalah burbuat kesilapan. Sesorang itu akan lebih matang dan mahir dalam melakukan sesuatu perkara kerana ia biasa dalam keadaan betul dan ia telah mengalami kesalahan dan inilah secara pemerhatian dan pengalaman saya dalam matang dalam hidup. Oleh itu kombinasi daripada melakukan kesalaha dan berpesan-pesan atau ingat nasihat menasihati perlu ada dalam kenidupan ini dalam kelompok itu.

Thursday, May 7, 2009

-bara-

Pasti ketikanya akan sampai
Ke mata dan ke hati,
Pasti hasratnya akan tercapai
Berbara di pusat api.

Bumi ini ini lagunya.

Janji tidak payah disampaikan
Angin lalu bukan kawan
Angin lalu nafas syaitan
Janji puncak kehancuran.

Bumi ini ini lagunya.

Tiga hasrat satu kasih
Tiga tulang semua putih
Tiga harapan satu indah
Tiga dendam semua merah.

Bumi ini ini lagunya.

Pagi sampai di kelabu mata
Tiada berita kecuali darah
Siapa kebulan siapa kebulan
tidak ditanya dineraka hitam.

Bumi ini ini lagunya.

Manusia semua pasti terkapar
Di bumi hangus di laut terbakar
Segalanya pasti menggempar
Dari pucuk hinggan ke akar.

Bumi ini ini lagunya.

Malam ini malam di dada
segalanya bara – segalanya, ya.
Pagi ini manusia berdosa
***
Dialisnya terbayang dosa!

a.samad said
mastika
februari 1959

Thursday, April 30, 2009

Apakah kita hidup untuk berbicara?



Sekeliling mengatakan satu tajuk hari. Di kedai kopi, di kafe,
beranda,mahupun di kamar.
Kadang-kala ketawa,
kadang-kala duka kecewa.
Sehari hari ini mungkin menyepi
tanpa seribu
bahasa seperti biasa.


Terfikir apakah bisa aku mencipta bahagia kelak dan adakah
terus dihumban jahannam yang membisa.
Amboi! tak sayang mulut. Amboi! Lasernya mulut ko.
Amboi amboi dan amboi.
Terasa gumpalan darah merah di dalam dada masih menyala.



Bertikam tuah jebat di dalam tanpa mimik muka dijelma.
Meluat si pulan kepada sipulan ingin berkata-kata.
Apakah aku hamba kepadanya?
apakah aku ini tiada anggota untuk menerima apa yang dikata?
Sensitiviti sentiasa bergelumang untuk bicara balas.
Mungkin mereka hanya berbicara.



Mungkin mereka tidak merasa apa yang daku merasakan.
Tetapi mulut hanya pandai berbicara tanpa tahu apa yang makmum merasa.
Ahhh…!!! persetankan mereka. Aku adalah aku dan mereka adalah mereka.
Hati masih lagi memberontak bertanya ‘apakah hidup untuk berbicara ?’.


Naz,30 julai 09 p/pma/0910

Tuesday, April 14, 2009

Kata-Kata Pujangga Prof Dr Hamka


Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. (Hamka).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. (Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka).

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka).

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Hamka).

Monday, April 13, 2009

Masalah dan Halangan Dalam Perancangan Pengurusan Dakwah


Dalam menjalankan sesuatu kerja dakwah tidak dapat tidak kita akan terlibat dalam pengurusan. Sebagai contoh dalam melakukan sesuatu program ceramah perdana, ahli jawatan kuasa diwujudkan untuk mengurus, melaksana, mengawal dan melakukan penyelarasan. Namun dalam semua-semua urusan ini terdapat kelemahan dalamnya. Kadang-kala bukan hal ini menjadi masalah utama apabila melaksanakan sesuatu program tetapi yang menjadi masalah adalah perancang, sasaran dan persekitaran itu yang menimbulkan masalah.

Masalah utama kelemahan dalam perancangan adalah bermula daripada ketiadaan landasan yang jelas untuk melakukan sesuatu program. Sebagai contoh adalah melaksanakan sesuatu program motivasi tetapi tiada objektif terhadap apa yang hendak dicapai atau diperolehi selepas daripada melaksanakannnya. Sepatutnya usaha dan perancangan sewajarnya berdisiplin dan terancang berasaskan keperluan mengadakan aktiviti tersebut. Dalam melaksanakan perancangan tersebut segala sumber perlu digarab. Sumber tersebut ialah:

1. Pemikiran yang jelas di kalangan anggota
2. Matlamat yang terarah
3. Sumber manusia yang digembelengkan

Sekiranya matlamat telah ditentukan, adanya input dan output, sesuatu gerak kerja mestilah tersusun dan kemudiannya nilaian semula atau post-mortem mesti dilakukan selepas program agar nilaian tersebut boleh didokumentasikan. Ini bagi memastikan ianya dijadikan panduan dalam melaksanakan sesuatu projek atau program masa akan datang dan hal-hal yang tidak diigini tidak akan berulang kembali.

Unsur pelaksanaan datangnya dari perancangan yang rapi. Justeru, kelemahan pelaksanaan adalah faktor utama kegagalan. Diantara faktor kelemahan adalah dari segi komunikasi diantara perancang atau pengurus dengan pekerja bawahannya. Hal ini akan menyebabkan sesuatu kerja itu tidak berjalan dengan lancar dan teratur.

Pengawalan adalah amat penting dalam sesuatu organisasi. Pengawalan adalah pemantau atau menilai sesuatu perancangan. Kebisaannya dijadiakan sebagai satu tahap yang penting kerana ia akan menentukan sesuatu objektif dalam program tercapai. Disudut yang lain ialah sistem audit iaitu dengan bertujuan untuk mengawas jawatankuasa yang dibentuk atau perancangan atau pelaksanaan anggota.

Pengawalan dan penyelarasan haruslah bergandingan. Usaha mengatur dan menyusun kerja-kerja dengan berasaskan kepada disiplin kerja yang kukuh demi mencapai objektif yang dicitakan. Ketika penyelarasan dilakukan, pengawalan juga harus dilaksanakan.

Selain kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penyelarasan; kita harus ingat bahawa kadang-kala ianya bukan timbul dari kesemua faktor itu tadi tetapi kelemahan itu timbul dari perancang, sasaran dan juga kelemahan persekitaran itu sendiri... Fikir-fikirkanlah...


Tuesday, April 7, 2009

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah


Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abi Bakr bin Ayub bin Sa’ad bin Haris Az-Zar’i Ad-Dimasqy Abu Abdullah Syamsuddin. Laqabnya ialah Syamsuddin manakala kunyahnya ialah Abu Abdillah. Beliau juga lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Ayahnya pembangun kampung al-Jauziyah dan ketua kepada madrasah al-Jauziyah, serta guru di sekolah ash-Shadariyah. Beliau dilahirkan pada tahun 691 H dan wafat pada 23 Rejab 751 H, beliau lahir dan wafat di Damaskus. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang terhormat yang berilmu dan berharta, ayahnya seorang guru yang mengajar Ibnu Qayyim dan juga mempengaruhinya.

Ibnu Qayyim adalah salah seorang tokoh reformasi Islam. Para ulama mengakuinya sebagai orang yang kaya dan berilmu. Beliau berminat pada bidang hadis dan seluruh ilmu hadis, fiqh, syariah, ilmu kalam, tasawuf, bahasa arab dan nahu. Ibnu Qayyim merupakan anak murid Ibnu Taimiyah yang sangat menyayangi dan selalu bersama gurunya, mendukung pendapat-pendapatnya, namun kadangkala beliau berdebat tentang beberapa pendapat gurunya. Beliau juga mengajarkan buku-buku karangan Ibnu Taimiyah dan menyebarkan ilmunya.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah pernah ditimpa musibah seperti yang dialami oleh Ibnu Taimiyah. Mereka sama-sama dipenjarakan di benteng Damaskus setelah ditarik dengan seekor unta yang dipukul dengan tongkat. Beliau menghabiskan masa-masa di penjara dengan beribadah, membaca al-Quran, merenung dan berfikir. Malangnya, beliau tidak pernah dikeluarkan dari penjara melainkan setelah kematian Ibnu Taimiyah.

Ibnu Qayyim seorang yang berakhlak mulia dan disayangi oleh ramai orang. Keperibadiannya sangat berbeza dengan Ibnu Taimiyah. Gurunya seorang yang emosional, keras kepala dan suka menentang, sementara Ibnu Qayyim seorang yang tenang, berjiwa stabil dan lebih cenderung untuk berdialog dan memberikan jawapan yang rasional dan memuaskan kepada orang lain.

Matlamat terpenting Ibnu Qayyim al-Jauziyah adalah seruan untuk kembali kepada mazhab salaf yang mencerminkan Islam sebagai agama yang bebas dari pelbagai pendapat yang menyimpang. Namun begitu, beliau sangat menitikberatkan prinsip kebebasan berfikir, menentang taklid buta, mengajak semua orang agar memahami syariah dan mengamalkan ajaran agama berdasarkan syariah.

Manusia menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

Penelitian terhadap pemikiran-pemikiran Ibnu Qayyim mengenai tabiat manusia menjelaskan bahawa diri manusia mempunyai beberapa unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Beberapa unsur penciptaan manusia yang dimaksudkan adalah ; roh, akal dan jasad. Oleh sebab itu, unsur roh yang terdapat dalam diri manusia mestilah dipenuhi keperluannya, iaitu dengan cara selalu diperhatikan, dibimbing dan dibina. Keperluan akal juga mesti dipenuhi dengan memberi nasihat-nasihat yang baik, keperluan jasad dan tuntutannya juga hendaklah dipenuhi kerana ia adalah wadah yang menampung roh dan akal.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Rahimallah dalam manhaj tarbiyahnya melihat hakikat manusia dengan pandangan yang sempurna dan menyeluruh, pada pandangan beliau manusia adalah perpaduan antara roh, akal dan jasad.

Karya-karyanya

Ibnu Qayyim memiliki banyak karangan di bidang fiqh, usul, tasawuf, ilmu kalam dan sirah. Beliau seorang yang berwawasan luas mencintai semua ilmu yang terkenal pada saat hidupnya. Beberapa karangannya yang berkaitan dengan psikologi :

1. Ar-Ruh. Ditahkikkan dan dikaji oleh Sayyid Jamili, cetakan kedua, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, 1406/1986.

2. Tuhfat al-Maudud bi Ahkam al-Maudud. Ditahkikkan oleh Abdul Qadir al-Arnauth, Damaskus: Maktabah Dar al-Bayan, 1391/1971.

3. Miftah Dar as-Sa’adah. Sebanyak dua juz yang disusun dalam satu jilid, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.

4. Raudhat al-Muhibbin wa Nuzhat al-Musytaqin, Kairo: Dar al-Fikr al-‘Arabi.

5. Thariq al-Hijratain wa Bab as-Sa’adatain, Beirut: Dar Maktabah al-Hayat,1980.

6. Risalah fi Amradh al-Qulub. Ditahkikkan oleh Muhammad Hamid al-Faqi, Riyadh: Dar Thayyibah,1403 H.

Asal Kejadian Manusia

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Rahimallah manusia itu memiliki beberapa keistimewaan dan keunikan yang membezakan dan melebihkannya dari semua makhluk yang lain. Keunikan dan keistimewaan itu ialah :

1. Bahan asas penciptaannya adalah tanah dan proses awal penciptaannya adalah dari air mani yang hina. Beliau berkata, “ Proses awal penciptaan manusia adalah dari saripati tanah kemudian menjadi setitis air yang hina, iaitu air sperma yang terpancar dari seluruh badan..” sebagaimana firman Allah s.w.t,

Maksudnya : “ Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;, Kemudian kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh. ” ( Al-Mukminuun :12-13 )

2. Sesungguhnya manusia diciptakan dari inti bumi yang mengandungi beberapa sifat iaitu sifat baik dan buruk, bahagia dan sedih, mulia dan hina. Perkara ini dapat diperhatikan ketika Allah s.w.t hendak mengutus Jibril Alahi Salam untuk turun ke bumi, dia mengambil segenggam tanah, kemudian mengadunnya hingga menjadi tanah liat. Lalu membentuknya, kemudian ditiupkan ke dalamnya roh yang menghidupkan. Setelah ditiupkan roh ke dalamnya ia berubah menjadi daging yang berbungkus dan mengalir darah padanya, hingga akhirnya ia menjadi makhluk hidup yang berbicara.

Proses ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan manusia, Ibnu Qayyim berkata dalam sebuah kitabnya, “ Cukuplah yang mengistimewakan manusia dari makhluk-makhluk Allah lainnya yang bertebaran dimuka bumi adalah kerana Allah s.w.t telah menciptakannya dengan tangannya, meniupkan ke dalamnya roh-Nya dan memerintahkan semua malaikat agar sujud kepadanya, serta mengajarkan kepadanya nama-nama dari semua makhluk-Nya ”.

3. Manusia adalah makhluk yang paling dimuliakan Allah s.w.t dengan dikurniakan akal, ilmu dan kemampuan berbicara, memahami dan menjelaskan serta diciptakan dalam bentuk yang sangat baik dengan penuh keseimbangan dalam bentuk tubuhnya. Manusia juga diberi kemampuan untuk berfikir dan memiliki akhlak dalam kehidupannya. Ibnu Qayyim menyatakan bahawa yang membezakan manusia dari makhluk Allah s.w.t yang lain ialah kemampuan manusia bercakap.

Allah s.w.t telah menganugerahkan manusia akal, ilmu, bayan( kemampuan menjelaskan / berkomunikasi ), bentuk tubuh yang baik dan seimbang, kedudukan yang mulia, kemampuan berfikir dan menganalisa sesuatu, serta memiliki akhlak yang mulia berupa Al-Birr ( perbuatan yang baik ), ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t.

4. Manusia diberi kelebihan oleh Allah s.w.t dengan kurniaan sifat malu. Beliau berkata “ Perhatikanlah satu sifat yang hanya dikurniakan Alla s.w.t kepada manusia dan bukan makhluk yang lain, iaitu sifat malu ”.

5. Manusia dianugerahkan dengan dua alat komunikasi iaitu lisan yang digunakan untuk bercakap dan jari jemari yang digunakan untuk menulis.

Beliau berkata : “ perhtikanlah nikmat Allah s.w.t kepada manusia iaitu dua alat komunikasi : lisan dan tulisan, sesungguhnya kedua-dua itu merupakan nikmat Allah yang diberikan kepada hambanya…”

6. Keistimewaan manusia lagi berbanding makhluk tuhan yang lain ialah kemampuan untuk belajar dengan alat bantuan yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada manusia.

Beliau berkata : “ siapakah yang memberi akal kepada manusia untuk berfikir, lisan untuk berkomunikasi, jari jemari untuk menulis dan siapa yang merancang akal manusia sehingga mampu digunakan untuk belajar, sedangkan binatang tidak diberi rahmat seperti itu? Dan siapakah yang menggerakkan lisannya dan jari jemarinya sehingga manusia mampu bercakap dan menulis? Siapakah yang menopang jari jemari dengan telapak tangan dan telapak tangan dengan hasta? Siapa lagi kalau bukan Allah s.w.t?, tetapi betapa banyak ayat-ayatNya yang kita lalaikan.

7. Manusia berbeza dengan makhluk yang lain kerana adanya motivasi dan kecenderungan jiwa untuk bekerja dalam menggalas tugas-tugas sebagai hamba.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Qayyim Rahimahullah : “ sesungguhnya hikmah maha kelembutan dan maha kebijaksanaan-Nya benar-benar telah merasuk ke dalam jiwa manusia, ketika dia menganugerahkan kepada mereka kecenderungan dan motivasi yang selalu mendorongnya untuk berbuat sesuatu yang akan membawanya kepada kejujuran, kebaikan dan kemaslahatan hidupnya.”

8. Manusia mempunyai kelebihan dari makhluk yang lain keran terdapat tiga unsur di dalam jiwanya iaitu kekuatan, syahwat dan iradah( kecenderungan yang baik ).

Berkata Ibnu Qayyim : “ sesungguhnya Allah s.w.t telah memantapkan tiga unsur dalam jiwa manusia : kekuatan, nafsu dan iradah. Penyatuan tiga unsur ini akan membentuk sebuah kekuatan yang hebat, yang akan menggerakkannya untuk sentiasa berusaha mencari sesuatu yang berfaedah bagi dirinya dan menghindari setiap perkara yang membahayakan jiwanya atau jiwa orang lain yang telah membantunya.”

9. Perjalanan hidup( umur ) manusia selalu berubah seiring dengan fasa perkembangannya. Sebagaimana yang dikatakan oleh beliau : “ hari-hari yang dilalui manusia berperingkat-peringkat : peringkat yang pertama adalah hari yang berjumlah tujuh hari atau satu minggu. Ketika ia telah melalui sejumlah hari yang tertentu, ia akan beralih ke peringkat yang kedua, iaitu bulan dan jika bulan-bulan telah dilalui ia berpindah ke peringkat ketiga iaitu tahun.”

Beliau telah memperincikan tentang perjalanan umur manusia ini. Beliau mengatakan bahawa manusia ini melalui tujuh fasa : pertama, fasa bayi sehingga umur tujuh tahun, kedua, fasa kanak-kanak sehingga umur empat belas tahun, ketiga, fasa remaja, keempat, fasa dewasa( pemuda ), kelima, fasa dewasa pertengahan( umur 30an-50an ), keenam fasa tua, ketujuh fasa akhir hingga penghabisan umur( mati ).”

10. Perintah-perintah Alla s.w.t tidak pernah terlepas dari diri manusia sejak ia masih berbentuk janin dalam rahim ibu sehingga akhir hayatnya.

Beliau berkata : “ telah diturunkan kepada manusia perintah-perintahNya baik yang bersifat qadariyah( takdir ) ketika manusia masih dalam janin, atau perintahNya yang bersifat taklifiyah( kewajipan ) setelah itu ia keluar dari rahim seorang ibu. Walaubagaimanapun, ketika ia masih dalam fasa anak-anak( belum baligh ) perintah-perintah itu diamanahkan kepada kedua orang tuanya dan merekalah yang bertanggungjawab atas pendidikannya, dan apabila manusia itu sudah baligh, mereka akan menggalas perintah-perintahNya.

11. Sesungguhnya manusia itu tidak diciptakan dengan sia-sia. Firman Allah s.w.t,

Maksudnya : “ Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?. Bukankah ia berasal dari air mani Yang dipancarkan (ke Dalam rahim)?. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?” ( Al-Qiyamah : 36-38 )

Kewujudan Manusia.

Menurut Ibnu Qayyim Rahimahullah, hakikat kewujudan manusia itu ada pada roh dan hatinya bukan pada jasad dan badannya. Tetapi hakikat manusia itu berada dalam bangunan dzat yang satu dan berpadu di dalamnya beberapa unsur yang saling berkaitan. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : “ Tuhan Yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan Yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan Dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja Yang dikehendakiNya, ia menyusun kejadianmu.” ( Al-Infithaar : 7-8 )

Allah s.w.t telah menciptakan dan menyempurnakan jiwa manusia sebagaimana Dia telah menciptakan tubuhnya, bahkan Dia menciptakan tubuh manusia sebagai wadah bagi rohnya. Beliau berkata : “ sesungguhnya akal adalah raja, sedangkan badan, roh, seluruh indera dan anggota badan adalah rakyatnya, maka apabila sang raja ini lemah, ia tidak akan mampu membina rakyatnya, maka akan timbullah kepincangan dan kerosakan di dalam tubuh seluruh rakyatnya.”