DPPNK mahu UMNO melantik Mohd Noor Deris dilantik sebagai menteri sebelum TGNA berdebatnya. Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Tuan Guru selaku Menteri Besar dan pimpinan tertinggi PAS hanya sepadan jika dipertemukan dengan individu yang mempunyai jawatan dan kuasa di dalam parti atau kerajaan.
"Justeru, sekiranya Umno melihat hanya Mohd Nor Deris layak berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz, DPPNK mencadangkan agar Mohd Nor Deris dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan diberikan tugas menjaga hal ehwal agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Beliau amat berkelayakan menjawat jawatan tersebut memandangkan taraf ilmunya yang tinggi termasuklah mendakwa memiliki kasyaf untuk melihat tangan Nik Aziz menjadi tangan syaitan sewaktu kempen pilihanraya kecil Dun Galas baru-baru ini," tambahnya sebagai mempertahan kemahuan debat Tuan Guru Nik Aziz dengan individu yang mempunyai kedudukan dan tauliah.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Khir seperti yang tersiar di dalam akhbar yang meminta Nik Aziz agar tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.
Beliau juga mendakwa soal agama 'bukan kira setaraf, layak atau tidak”.
Membidas dakwaan Menteri di JPM itu, Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang turut mencabar agar Jamil Khir sudi menerima apa-apa tawaran debat dengan pepimpin PAS di peringkat cawangan dan kawasan jika dicabar.
”Jika benarlah Jamil Khir berpegang di atas prinsip ini, sudilah kirnya beliau menyatakan kesanggupan jika DPPNK menghantar mana-mana pimpinan Pemuda PAS cawangan atau kawasan untuk berdialog dengan beliau atas mana-mana isu agama khususnya yang melibatkan pertentangan di antara Umno dengan PAS," pintanya.
Kelmarin, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempersoalkan kedudukan dan kredibiliti Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau berhubung kenyataannya ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS adalah jahiliah.
sumber: harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment