Wacana pilihan

Tuesday, February 8, 2011

WAEL GHONIM TELAH DIBEBASKAN

Kerajaan mesir telah membebaskan eksekutif Google iaitu Weal Ghonim yang ditangkap minggu lalu berikutan demonstrasi menentang Presiden Hosni Mubarak.

Ghonim yang merupakan warganegara Mesir ditahan pada 27 Januari di Dataran Tahrir, Kaherah ketika beliau bersama-sama dengan ribuan warga Mesir yang menuntut pengunduran Mubarak.

Minggu lalu, Google meminta bantuan untuk mencari Ghonim, yang berada di Mesir dalam sebuah persidangan ketika protes bermula.

Dalam status di Twitter, Ghonim meminta semua orang mendoakan Mesir dan menyuarakan ketakutan bilamana kerajaan Mesir merancang ‘perang’ terhadap rakyatnya.

"Kami semua bersedia mati," tulis kenyataan di statusnya.

Wall Street Journal mengatakan Ghoneim memainkan peranan penting aktivisme dalam talian pada bulan-bulan menjelang protes bersejarah yang mendesak pengunduran Mubarak.

Amnesty Antarabangsa pula mengingatkan bahawa Ghonim akan mendapat seksa di penjara Mesir, setelah keluarganya melaporkan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan penangkapan Ghonim ataupun mengetahui keadaannya selama beberapa hari.

No comments:

Post a Comment