kabinet Timbalan Menteri Palajaran YB Mary Yap Kain Ching
Sudahkah kita meneliti senarai Menteri Kabinet yang diumumkan semalam.
Saya nak sentuh tentang jawatan Timb Menteri Pelajaran iaitu YB Mary
Yap Kain Ching. Beliau adalah MP Tawau dan merupakan Presiden
Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Presiden
Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timb
Menteri Pelajaran
Beliau bukan sahaja seorang yang beragama
Kristian, yang tidak menjadi isu pun kerana negara ini negara berbilang
bangsa dan agama bahkan seorang mubaligh (Missioney Christian) bahkan
Presiden kpd Sekolah Mubaligh Kristian. Cuma saya hendak mengajak
adek-adek (mungkin memujuk lebih tepat) yang sering menbangkitkan
tentang ancaman Kristianisasi kpd saya. Hati hati dalam menyokong
gagasan politik tertentu kerana ia akan menjayakan agenda Kristian di
negara kita, tulis mereka.
Nah! Sekarang bagaimana? Saya bukan
hendak memulangkan paku buah keras. Tetapi inilah akibat dari berfikir
dalam kerangka teori konspirasi. Kita dah ingatkan proses demokrasi
Pilihanraya bukan hendak menjayakan agenda Kristian, atau agenda plural,
liberal, LGBT, atau agenda kaum Cina, agenda DAP. Pilihanraya adalah
proses untuk memilih kepimpinan negara bagi memastikan pentadbiran dan
pemerintahan yang lebih baik untuk masyaarakat sipil (civil).
Ada yang buat kenyataan mujur depa kalah, kalau tidak DAP (orang Cina)
akan jadi PM. Kenyataan tidak berasas ini sangat tidak bertanggungjawab
dan terang-terangan memperbodohkan orang melayu bahkan seluruh rakyat
Malaysia. Bukan sahaja tidak munasabah bahkan mustahil untuk perkara ini
berlaku dari sudut undang-undang, Perlembagaan, kedudukan dan hak
keistimewaan orang melayu, bahkan tidak tabii pun.
Sekarang
seorang Presiden mubaligh Kristian dilantik menjadi Timb Menteri
Pelajaran. Apakah beliau akan menggunakan kedudukannya untuk menjayakan
agenda Kristian di sekolah-sekolah? Sebagai seorang rakyat yang rasional
saya tidak berfikir seperti itu. Beliau walaupun Presiden Persatuan
Sekolah mubaligh Kristian (yang melahirkan paderi, nun dan sisters) akan
menghormati Perlembagaan Malaysia dan akan menjaga sensitiviti umat
Islam dan orang melayu di negara ini. Bagi anda yang risau tidak
berpenghujung terhadap agenda Kristianisasi ini, anda akan terus
dicengkam oleh rasa kebimbangan.
Nak undi PR serbasalah,undi BN
ini pula jadinya! Jadi selepas ini asingkan isu pilihanraya dengan isu
menangani ancaman Kristianisasi. Jangan campur adukkan. Nak tangani
ancaman Kristian, bagunkan agenda dakwah. Nak tangani agenda liberal dan
plural atau LGBT bangunkan agenda dakwah.
Ini adalah sedutan
dari mesy meja bulat yang di pengerusikan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin
Yassin pada 4 Disember yang lalu yang dihadiri oleh YB Mary Yap:
--------------------------------------------------------------------
"Muhyiddin berkata sekolah mubaligh tidak akan diketepikan dan akan
menikmati keistimewaan yang sama seperti sekolah kebangsaan.
"Sekolah mubaligh melaksanakan kurikulum kebangsaan dan oleh itu, ia diberikan status yang sama," kata Yap.
Beliau berkata, Muhyiddin juga yakin sekolah mubaligh akan terus
menerima pembiayaan untuk penyelenggaraan bangunan dan program
pembangunan profesional.
Ketika membentangkan Bajet 2013,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan
sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf sekolah mubaligh.
Yap berkata: "Kami amat berterima kasih kepada Muhyiddin dan Tan Sri Bernard Dompok, yang menyelaraskan mesyuarat "
No comments:
Post a Comment