Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka
Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiruan"
di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.
Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah
menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan
membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum
ini.
"Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima tahun sebelum ini.
"Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima tahun sebelum ini.
"Malah, penolakan permohonan perhimpunan
oleh MB Muhkriz adalah satu isyarat kebangkitan satu 'mini
Mahathirfiruan' yang sedang muncul," sindirnya.
Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet.
Mukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh
pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak
berasas," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi menteri besar di
Alor Setar, lapor Bernama.
Pesuruhjaya
PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama merayu
supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah membenarkan
perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium.
No comments:
Post a Comment