Wacana pilihan

Monday, May 20, 2013

Kakitangan Utusan lempar mihun pada Hata Wahari

Kakitangan akhbar Utusan Malaysia hari ini hilang sabar apabila seorang bekas wartawan kanannya, Mohd Hata Wahari muncul di hadapan pejabat mereka untuk menyatakan bantahan ke atas laporan akhbar itu.

Dengan tidak semena-mena, individu tidak dikenalpasti dalam kumpulan seramai kira-kira 40 orang kakitangan Utusan yang berhimpun itu dilihat melemparkan dua bungkusan ke arah Hata.

NONEBungkusan yang gagal mengenai Hata itu kemudiannya didapati berisi mihun goreng.

Ia berlaku selepas Hata, yang muncul seorang diri dalam demonstrasi tersebut, cuba menunjukkan satu kain rentang ke arah pemimpin redaksi akhbar tersebut.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang itu, beliau turut dihalang oleh seorang kakitangan Utusan yang meluru ke arah Hata dan cuba menarik kain rentang tersebut, sementara kumpulan kakitangan lain bersorak.

Kakitangan berkenaan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya merampas kain rentang berkenaan.

NONEKumpulan kakitangan Utusan itu antara lainnya melaungkan  "boo", "balik", "komunis" dan "hidup Utusan" ke arah Hata.
Kain rentang yang cuba ditunjukkan Hata itu antara lainnya menyeru ketua pengarang Utusan agar menghentikan “kewartawanan tidak bertanggungjawab”.

“Jadilah wartawan yang menjunjung etika kewartawanan. Jangan gadaikan masa depan Utusan untuk kepentingan diri. Jangan jadi wartawan rasis," kata Hata lagi dalam pesanannya itu.

Kejadian itu diperhatikan seramai kira-kira 60 orang anggota polis, yang seterusnya meminta Hata beredar selepas insiden tersebut.

NONETerdahulu, Hata dalam sidang medianya berkata beliau membantah tindakan Utusan yang didakwanya sering menyalahi etika kewartawanan dengan memaparkan berita berunsur perkauman.

"Kita perlu lakukan sesuatu. Sebab akhir-akhir ini ramai sangat yang kutuk Utusan dan saya cuma nak tunjuk rasa tak puas hati. Lagipun setiap 2 Mei, sejak saya diberhentikan saya memang akan datang sini dan pegang kain rentang.

"Kalau kita lihat, makin teruk polisi dan etika kewartawanan (Utusan). Tajuknya terlampau perkauman. Tapi tak ada tindakan keras di ambil ke atas editor dan wartawan.

NONE"Apa yang berlaku amat menyedihkan. Media sepatutnya memepertahankan masyarakat," katanya sambil menambah, beliau hadir seorang diri kerana tidak mahu melibatkan mana-mana pihak.
Bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) itu berkhidmat di Utusan sejak 1995 dan dipecat pada 2 Mei 2011 selepas panel siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd mendapati beliau bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media.

Setelah itu, menjadi rutin beliau untuk berdiri di hadapan Utusan untuk mengadakan 'protes nasi lemak' pada setiap 2 Mei, yang juga tarikh kelahirannya.
Beliau bagaimanapun memilih untuk berdemo di hadapan Utusan pada hari ini memandangkan tarikh 2 Mei 2013 jatuh pada musim pilihan raya.

sumber: malaysiakini.com

Sunday, May 19, 2013

Zahid Hamidi 'bongkak dan bodoh' : Azmin

Timbalan presiden PKR Azmin Ali menyelar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.
Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan.

Azmin Ali."Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'?

"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh.

"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara,” kata Azmin.

Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas.

“Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar,” katanya.
NONENaib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya.
Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Polis perluas siasatan ke atas aktivis siswa

Peguam kepada Adam Adli, Eric Paulsen berkata polis menyiasat aktivis siswa tersebut mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.
Paulsen berkata, polis menyatakan bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan “menjejaskan demokrasi berparlimen”, yang kini merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan, berkuatkuasa akhir tahun lalu.

NONEPaulsen berkata peruntukan berkenaan terlalu umum.

Adam disiasat atas kenyataan yang dibuat dalam satu forum awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.

Beliau dan beberapa pemimpin lain dalam perhimpunan tersebut antara lainnya menggesa orang ramai untuk mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.

Siasatan juga dijalankan berdasarkan satu laporan Free Malaysia Today, memetik penganjur perhimpunan, bahawa mereka akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk “mengguling kerajaan”.

Kesalahan mengikut Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun.

Majistret Muslinda Mohd mengarahkan Adam ditahan reman selama lima hari setelah mengambil kira bentuk kesalahan tersebut, kata Paulsen kepada Malaysiakini.

MP: 'Mini mahathirfiruan' sedang muncul di Kedah

Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiruan" di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.
Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum ini.

"Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima  tahun sebelum ini.
"Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh MB Muhkriz adalah satu isyarat kebangkitan satu 'mini Mahathirfiruan' yang sedang muncul," sindirnya.

Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet.

Mukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi menteri besar di Alor Setar, lapor Bernama.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama merayu supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah membenarkan perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium.

Berkasih sayang kerana Allah

Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.

Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.

Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.

Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu. Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan itu.

"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH bergetar menahan sebak. " Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada suara yang keluar.

TGHH memalingkan wajahnya ke belakang, matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi Khalid,  Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan tangan.

TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan kalimat ini..."Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5 tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.

"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada Januari lalu.

Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya, sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.

"Ana minta diri dulu, anta teruslah berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas sembuh!" Katanya dalam esakkan.

TGHH menghala keluar. "Terima kasih semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika, menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu, turut menangis.

Demikianlah kasih sayang diantara dua tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana  Allah, subur dan terus segar untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku menitikkan nokhtah kepada catatan ini.



*Penulis adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ustaz Azizan Abdul Razak

Friday, May 17, 2013

kabinet Timbalan Menteri Palajaran YB Mary Yap Kain Ching

Sudahkah kita meneliti senarai Menteri Kabinet yang diumumkan semalam.

Saya nak sentuh tentang jawatan Timb Menteri Pelajaran iaitu YB Mary Yap Kain Ching. Beliau adalah MP Tawau dan merupakan Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timb Menteri Pelajaran

Beliau bukan sahaja seorang yang beragama Kristian, yang tidak menjadi isu pun kerana negara ini negara berbilang bangsa dan agama bahkan seorang mubaligh (Missioney Christian) bahkan Presiden kpd Sekolah Mubaligh Kristian. Cuma saya hendak mengajak adek-adek (mungkin memujuk lebih tepat) yang sering menbangkitkan tentang ancaman Kristianisasi kpd saya. Hati hati dalam menyokong gagasan politik tertentu kerana ia akan menjayakan agenda Kristian di negara kita, tulis mereka.

Nah! Sekarang bagaimana? Saya bukan hendak memulangkan paku buah keras. Tetapi inilah akibat dari berfikir dalam kerangka teori konspirasi. Kita dah ingatkan proses demokrasi Pilihanraya bukan hendak menjayakan agenda Kristian, atau agenda plural, liberal, LGBT, atau agenda kaum Cina, agenda DAP. Pilihanraya adalah proses untuk memilih kepimpinan negara bagi memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang lebih baik untuk masyaarakat sipil (civil).

Ada yang buat kenyataan mujur depa kalah, kalau tidak DAP (orang Cina) akan jadi PM. Kenyataan tidak berasas ini sangat tidak bertanggungjawab dan terang-terangan memperbodohkan orang melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja tidak munasabah bahkan mustahil untuk perkara ini berlaku dari sudut undang-undang, Perlembagaan, kedudukan dan hak keistimewaan orang melayu, bahkan tidak tabii pun.

Sekarang seorang Presiden mubaligh Kristian dilantik menjadi Timb Menteri Pelajaran. Apakah beliau akan menggunakan kedudukannya untuk menjayakan agenda Kristian di sekolah-sekolah? Sebagai seorang rakyat yang rasional saya tidak berfikir seperti itu. Beliau walaupun Presiden Persatuan Sekolah mubaligh Kristian (yang melahirkan paderi, nun dan sisters) akan menghormati Perlembagaan Malaysia dan akan menjaga sensitiviti umat Islam dan orang melayu di negara ini. Bagi anda yang risau tidak berpenghujung terhadap agenda Kristianisasi ini, anda akan terus dicengkam oleh rasa kebimbangan.

Nak undi PR serbasalah,undi BN ini pula jadinya! Jadi selepas ini asingkan isu pilihanraya dengan isu menangani ancaman Kristianisasi. Jangan campur adukkan. Nak tangani ancaman Kristian, bagunkan agenda dakwah. Nak tangani agenda liberal dan plural atau LGBT bangunkan agenda dakwah.

Ini adalah sedutan dari mesy meja bulat yang di pengerusikan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Disember yang lalu yang dihadiri oleh YB Mary Yap:
--------------------------------------------------------------------
"Muhyiddin berkata sekolah mubaligh tidak akan diketepikan dan akan menikmati keistimewaan yang sama seperti sekolah kebangsaan.

"Sekolah mubaligh melaksanakan kurikulum kebangsaan dan oleh itu, ia diberikan status yang sama," kata Yap.

Beliau berkata, Muhyiddin juga yakin sekolah mubaligh akan terus menerima pembiayaan untuk penyelenggaraan bangunan dan program pembangunan profesional.

Ketika membentangkan Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf sekolah mubaligh.

Yap berkata: "Kami amat berterima kasih kepada Muhyiddin dan Tan Sri Bernard Dompok, yang menyelaraskan mesyuarat "

Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008

KUALA LUMPUR: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.

Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.

Berikut ialah pandangan beliau.

Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.

Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.